Thursday, December 28, 2017

Tempat untuk beli laptop di Malaysia

Lembah Klang / Klang Valley

1. Mines Resort City - satu benda bagus di sini ialah semua model ada tulis battery life dan berat laptop, parking senang kalau datang sebelum pukul 12 tengah hari.

2. Digital Mall PJ

3. Lowyat Plaza

4. ?Mid Valley Megamall

5. ?Plaza Alam Sentral

6. ?1Utama

7.?IOI City Mall



Where to buy a laptop in Malaysia

Friday, July 21, 2017

Khutbah Jumaat

Ramai ustaz-ustaz yang bersungut di FB harini tentang kualiti khutbah di tempat masing-masing. Duduk di Australia dulu saya selalu rasa rugi kalau terlepas khutbah Jumaat. Di Malaysia rasanya payah nak cari tempat yang kita rasa menyesal tak dengar khutbahnya. Ini antara ironi tinggal di negara Islam berbanding tinggal di Barat.

Monday, December 21, 2015

Nak masuk rumah baru?





Macam-macam kosnya. Dan macam-macam pula pilihannya yang boleh membuatkan kepala pusing dan tidur malam kurang lena. Antara perkara yang biasa akan dilakukan demi kesejahteraan di rumah baru:
   1. Cat rumah dan/atau wallpaper.
Cat kapur (lebih kurang RM36 untuk 7 liter), Dulux (dekat RM 80 untuk 5 liter), Jotun Rm110 hingga RM120 untuk 5 liter serta macam-macam pilihan lain. Kalau Jotun Majestic True Beauty maka selain daripada senang nak bersihkan kotoran, maka dia ada ciri antifungal dll. Upah mungkin kosnya sama macam kos cat tapi ini bergantung kepada siapa yang kita nak upah. Jadi contohnya kalau kos cat Jotun 20 L ialah RM480 maka upah pun mungkin boleh jadi RM480. Buat sendiri adalah satu opsyen bagi sebahagian orang. Nak cat satu rumah 2 tingkat bahagian dalam sahaja kalau sudah ada lapisan pertama cat kapur maka mungkin boleh mencecah RM5000 hingga ke RM10,000.  Jadi kajilah betul-betul sebelum membuat pilihan.
   2. Gril
Kalau duduk Australia tak perlu gril pun cermin-cermin di rumah. Tapi di Malaysia maka ini sudah tentu hal wajib. Gril paling mahal ialah stainless steel. Ini sesuai untuk pagar luar rumah kalau mampu. Nombor dua ialah aluminium dan ketiga ialah wrought iron. Keempat ialah besi biasa. Wrought iron pun boleh cat biasa atau cat masak. Kalau cat masak maka depa kena panaskan dalam oven dan katanya lebih tahan dan lambat karat. Nak cat masak kena tambah beberapa ratus atau ribu. Nak gril seluruh rumah mungkin makan beberapa ribu hingga berpuluh ribu. Tengok bajet masing-masing tapi yang penting kena pilih orang yang cerdik jugak buat gril ni. Kalau jenis yang tak cerdik dan atau tak teliti maka mudah-mudah je la pencuri dan perompak masuk rumah kita. Pasang apa pun orang boleh masuk tapi isunya ialah cepat atau lambat serta sejauh mana mereka nak masuk rumah kita. Kalau nak dapatkan quotation maka kita elok ukur saiz satu kawasan, contohnya 8 x 12 kaki, 4 panel. Ambil gambar sekali lepas tu Whatsapp atau sms atau jumpa orang yang buat gril. Boleh cari juga di google dan FB.
   3.CCTV
Antara soalan yang ditanya ialah tentang berapa pixel atau megapixel. Boleh google tentang Analog CCTV AHD 13301\WP4 atau HD-AHD High Resolution Half-round IR Dome Camera contohnya. Kalau 4 channel maka campur kos wiring semua ialah dekat RM2500. Warranty setahun. Dia biasanya boleh save rakaman sebesar sebanyak 1TB. Lepas seminggu dia akan overwrite. Kos elektriknya mungkin tak mahal kot. Sehari semalam berapa? Skrin TV kena beli lain. Tengok kemampuan masing-masing.
   4. Langsir, blinds dan seumpamanya
Ini pun pening kalau nak dipilih. Berapa peratus cahaya nak dihalang masuk? Apa kesannya kepada kepanasan dalam rumah dan lain-lain. Apa beza di antara langsir bilik dan langsir di dapur? Ini semua juga mungkin boleh mencecah ribuan ringgit.

   5. Kipas, lampu dan aircon
Nak jenis ada remote ke tidak? Berapa speed? Mana yang lebih sejuk? Satu lampu downlight yang murah sikit mungkin RM30 atau RM40. Kipas satu mungkin RM140 hingga RM365 atau lebih. Aircon pun dekat RM1000, RM2000 atau lebih. Adakah wujud upah pasang berasingan? Waterheater macam mana? Senang nak mandikan bayi kalau ada. Upah pasang satu lampu mungkin RM5 dan upah untuk kipas RM30. Ini pun kena survey sebab ada yang betul-betul kapak harganya!

   6. Wiring rumah
Ini bergantung kepada pemaju dah pasang siap-siap yang ok atau tidak.


   7. Banjirkan bilik air
Lubang air ditutup dan air dipasang. Ini dilakukan untuk melihat sama ada terdapat jerapan air ke bahagian bawah rumah atau tidak jika air dibiarkan bertakung lama. Kalau jerap maka banyaklah masalah yang akan timbul termasuk soal barang-barang rumah menjadi berkulat dengan cepat.

   8.  Pasang alarm
Ini biasanya dilakukan selepas gril sudah dipasang agar tahap sensitifiti alarm boleh ditentukan dari awal.

   9.  Autogate
Sebahagian orang mungkin mahu menghabiskan duit untuk memasang ini. Warranty motornya biasanya hanya setahun.

  10. Tinting
Kadang-kadanag mungkin ada gunanya bagi sebahagian orang.

  11. Built-in cabinet dan kitchen cabinet
Ini pun satu hal lagi. Berapa ribu nak habis kalau nak pasang. Kabinet bilik yang sampai ketinggian 8 atau 10 kaki akan mencecah ratusan atau ribuan ringgit setiap kaki panjang. Tebalnya bagaimana pula? Ini pun satu hal untuk dikaji!

 
Sila kongsi pengalaman dan pendapat anda (jika anda tiada konflik kepentingan).




















Friday, July 31, 2015

Daun bidara vs garam vs limau nipis vs kayu kemuning vs kayu koka


Oleh kerana banyak juga unsur pengalaman dalam merawat isu berkaitan jin dan seumpamanya maka terdapat kepelbagaian dan variasi luas dalam penggunaan ramuan dan bahan-bahan tambahan disamping bacaan ruqyah. Daun bidara, garam, limau nipis, kayu kemuning dan kayu koka adalah antara sebahagian bahan yang digunakan ramai peruqyah di Malaysia.

Daun bidara

- Tiada dalil dari Al Quran dan As Sunnah menunjukkan bahawa daun ini berkesan dalam menghalau jin namun terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : percuma atau murah

Garam

-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa garam berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin. Sebahagian Ulama membolehkannya untuk direnjis berdasarkan pengalaman dan sebahagiannya membid'ahkan amalan ini.
- Harga : percuma atau murah

Limau nipis

-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa limau nipis berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : percuma atau murah

Kayu koka

-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa kayu ini berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin. Asal-usul dan dakwaan berkaitan kayu ini penuh dengan pelbagai dakwaan meragukan.
- Harga : beberapa puluh hingga ratus ringgit

Kayu kemuning

-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa kayu ini berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : beberapa puluh hingga ribu ringgit

Oleh kerana daun bidara sahaja yang mempunyai sedikit sandaran dan kosnya sangat murah untuk didapati maka kebanyakan peruqyah shar'iyyah memilih daun ini untuk rawatan.
Sila tambah/kritik...

Friday, July 17, 2015

Perawat dengan ruqyah

Ada beberapa orang perawat di Malaysia yang mengatakan bahawa mereka pernah berguru dengan Syaikh Wahiid Baali semasa di Mesir. Bagaimanakah bentuk perguruan mereka saya tidak pasti. Adakah mereka:
a) Meluangkan 2-3 hari bersama syaikh?
b) Meluangkan masa menghadiri kuliah syaikh selama sebulan atau dua?
c) Menghabiskan masa selama setahun atau bertahun-tahun dengan syaikh?
Saya rasa yang benar ialah (a) atau (b) berkaitan mereka ini. Ada salah seorang di antara mereka yang sangat terkenal dan banyak mucul di TV. Setakat sejam menghabiskan masa menonton kuliah-kuliah dan tulisan-tulisan mereka maka boleh dikatakan bahawa apa yang mereka kata adalah cocok dengan apa yang ditulis oleh Syaikh melainkan dalam 2 perkara. Yang pertama ialah bila dalam bab menghuraikan tentang tanda ahli sihir maka ustaz ini membuang tanda ahli sihir yang pertama iaitu bertanya nama dan nama ibunya. Mengapa ini dibuang? WAllahua'lam. Yang keduanya ialah ustaz ini menggalakkan orang yang mahu merawat agar menyertai berbai'ah menyertai tariqat yang 'betul'. Ini juga tidak mungkin dapat dibayangkan untuk keluar dari mulut syaikh yang merupakan seorang Salafi yang sama sekali bukan pro tariqat kesufian. 2 perkara inilah yang menimbulkan persoalan dalam kepala berkaitan ustaz ini sejak beberapa hari ini.

Ditindih oleh....?

Salah suatu fenomena yang sering dibincangkan di asrama zaman saya sekolah menengah dulu ialah fenomena ditindih atau dihempap. Biasanya ramai kawan-kawan yang mengadu dihempap di asrama sekolah bila mereka tertidur. Adapun saya maka saya hanya pernah merasa dihempap manusia zaman itu. Beberapa tahun lepas barulah saya merasa kali pertama ditindih dalam hidup saya.
Dalam psychiatry maka keadaan ini disebut sebagai sleep paralysis. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit migraine, obstructive sleep apnoea dan beberapa keadaan lain. Jika keadaan ini berlaku semasa hendak tidur maka dipanggil hypnagogia dan jika sebelum bangun dari tidur maka di panggil hypnapomp. Terdapat pelbagai teori dari saintis tentang mengapa fenomena ini berlaku.
Saya bertanya ustaz tentang apa yang mahu dibuat jika berada dalam keadaan ini. Beliau mengatakan bahawa saya perlu menggenggam tangan dan meniatkan mencederakan atau membunuh jin berkenaan. Oleh kerana mulut kita terasa tak dapat bergerak maka bacalah ayat kursi di dalam hati. Kemudian lama kelamaan kita akan dapat membaca ayat kursi dan perasaan ditindih itu akan hilang.
Fenomena ini adalah sesuatu yang sering jin cuba lakukan kepada para peruqyah menurut ustaz. Maka kita perlu ada bacaan pendinding berbentuk zikir di samping tidak tidur seorang diri selepas meruqyah.
p/s:
Lihat juga tentang incubus

Lagu dan muzik di radio dll


Saya tidak mahu terjun ke dalam perdebatan tentang hukum alat-alat muzik dan seumpamanya. Saya juga tidak mahu berbicara tentang kalam Ulama silam dalam buku-buku fiqh yang menganggap bahawa haram menjual alat muzik. Namun secara umumnya jika kita tidak mahu meninggalkan mendengar muzik maka kita perlu meminimakannya. Kita perlu buat apa sahaja yang terdaya untuk mengurangkan mendengar muzik. Ramai orang sekarang yang siang malam pagi petang mendengar muzik. Pagi-pagi buta lagi muzik menjadi alarm clock mereka dan penutup kehidupan mereka! Maka tidak hairanlah mereka berasa sangat susah untuk melakukan ketaatan yang BASIC kepada Allah seperti solat dalam waktu, berzikir dll. Mendengar muzik yang banyak dipasang di radio dll banyak yang sama ada menghancurkan 'aqidah kita atau melemahkannya. Antara lagu kegemaran sebahagian muda-mudi kita yang sangat berbahaya kepada 'aqidah ialah lagu One Of Us nyanyian Joan Osborne. Tak mungkin lagu ini boleh menjadi zikir pagi dan petang seseorang seperti yang biasa saya saksikan di negara kita jika seseorang itu mempunyai tauhid yang utuh kepada Allah! Jika tidak menghancurkan aqidah pun banyak lagu-lagu yang mengajak kita secara kasar dan halus memuja dosa. Disuruh kita melakukan zina, bergaul bebas dan lain-lain lagi. Laungan-laungan seperti ini apabila disebut pagi dan petang maka sudah tentu akan merosakkan aqidah kita secara perlahan-lahan apabila perkara haram kita anggap ok dan dosa-dosa besar kita pandang enteng. Moga Allah selamatkan kita dari tipudaya iblis dan bala tenteranya!