Thursday, April 28, 2011

Tembak-menembak tidak jauh dari rumah

7.30am pagi tadi dalam perjalanan ke Bus Stop, polis menyuruh saya berjalan kaki mengikut jalan lain. Rupanya semua kawasan dikepung polis. Bukanlah macam Memali atau ala Ma'uunah tapi boleh tahan ramai jugak. Ke universiti harini sekadar nak pergi Journal Club meeting.Kemudian terbaca tentang insiden ini di berita. Dari pukul 2:30am ACST rupanya adegan-adegan tersebut sedang berlaku. Polis kata mereka sampai 2 minit selepas dihubungi. Kalau betul memang cekap jugak polis sini. Arrested

Tuesday, April 26, 2011

Burkina Faso

Tak sangka negara ini, majoriti rakyatnya Muslim. Negara ini jiran kepada Mali dan Ghana.

Monday, April 25, 2011

Syaikh Ihsaan Ilahiyy Zhaheer

Seorang syaikh yang terkenal dalam mendedahkan 'aqeedah2 baatil.

Video beliau bercakap di hadapan Saddam :  Ihsaan

Sunday, April 24, 2011

Cukai: 6 Hari Lagi

Hanya 6 hari lagi tinggal untuk mengisi borang e-filing. Selamat membayar cukai dengan jujur. Tak jujur nanti kena penalti. 7 tahun kena simpan resit-resit berkenaan. Jangan lupa tu!

Lhdn

Tempat Belajar Bahasa Arab di Morocco

Maklumat lanjut di : Maghrib

Wednesday, April 20, 2011

Cuti Easter datang lagi

Bagi yang belum sempat mengambil tahu tentang apa itu Easter sila kunjungi East
Tak semua Kristian sambut perayaan ini rupanya.

Wednesday, April 13, 2011

Pauline Hanson kalah

Alhamdulillah. Ahli politik yang banyak menyusahkan ummat Islam di sini tidak berjaya memenangi kerusi parlimen New South Wales.

Monday, April 11, 2011

Bersama Kesusahan Datang Kesenangan

Yang pahit akan berlalu.

Yang terindah hanya sementara.

Selepas mendung akan datang sinar.

.........

Wednesday, April 6, 2011

Perjalanan PHD

Ramai orang mendaftar untuk melakukan PHD. Tidak sedikit yang akan tercicir dalam perjalananan PHD mereka. Semalam ketemu Hugh Kearns. Dia menulis beberapa buah buku yang banyak membantu memberi perspektif yang betul untuk para pelajar menghabiskan PHD mereka. Kalau buku-buku ini belum ada di perpustakaan IPT anda maka mintalah pustakawan memesannya. Tidak kira anda pelajar PHD dalam bidang hadith, fiqh atau perubatan, buku-buku beliau memang sedap dibaca.

PHD

Monday, April 4, 2011

5 Minit Perancangan

Ramai pakar yang mencadangkan agar setiap orang meluangkan masa selama 5 minit setiap hari untuk merancang apa yang mahu dilakukan sepanjang hari. 5 minit ini boleh jadi pada pagi hari atau pada malam sebelumnya. Dikatakan bahawa 5 minit yang digunakan untuk merancang boleh menyelamatkan sejam dari masa seseorang setiap hari. Banyak tu!

Sunday, April 3, 2011

Produktif

Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang sangat produktif buat kami.

Saturday, April 2, 2011

Email Bukannya Wahyu

Lebih 90% email yang kita terima setiap hari bukanlah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Ini adalah tersangat benar bagi kebanyakan orang terutamanya para pelajar.  Kalau urgent sudah tentu kita menerima panggilan telefon atau telegram tentang sesuatu hal. Jangan sabotaj hari anda dengan membuka email pada pagi hari. Membaca email boleh dilakukan selepas makan tengah hari atau sebelum beriadah pada waktu petang. Email bukannya wahyu.