Monday, December 17, 2012

Penghafal 9 kitab hadith

Kita doakan agar Syaikh Naasir Al Fahd dibebaskan dari penjara setelah lebih 9 tahun berada di dalamnya.


Sunday, November 4, 2012

Urutan penghafalan kitab hadith

Menurut Syaikh 'Abd Al Kareem Al Khudhayr seseorang yang ingin menghafal buku-buku hadith maka dia dicadangkan untuk mengikut urutan ini:

1. Hadith 40
2. 'Umdah Al Ahkaam
3. Buluugh Al Maraam
4. Sahih Al Bukhari
5. Sahih Muslim
6. Abu Dawuud
7. Tirmidhi
8. Nasa'ii
9. Ibn Maajah

Wednesday, October 31, 2012

Membeli disiplin

Kalaulah disiplin boleh dibeli di Tesco atau pasar malam; berapakah harga yang patut dibayar untuk mendapatkannya?


Wednesday, October 24, 2012

Acara Haji Siaran Langsung Dari Arab Saudi

Hajj


Takbir Muqayyad



Hari ini adalah hari 'Arafah bersamaan 9 zulhijjah, suatu hari yang sangat bersejarah dalam Islam. 
Digalakkan memperbanyakkan zikir, doa, istighfar, membaca Al Qur'aan dan lain2 pada hari ini. Takbir muqayyad yang berlaku selepas 5 solat fardhu juga bermula selepas solat subuh hari ini dan berakhir selepas 23 solat fardhu iaitu selepas 'asar pada hari raya haji yang keempat.
Di samping melakukan takbir mutlaq yang tidak terikat dengan waktu tertentu, marilah kita melakukan juga takbir muqayyad selepas solat-solat fardhu pada hari ini dan hari-hari mendatang.


Zulhijjah



Adakah kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah dikhususkan pada siangnya sahaja ? Apakah jenis-jenis ibadat yang digalakkan semasa itu?


10 hari di bulan Zulhijjah memiliki keutamaan yang besar dan Allah menyebutnya untuk menggalakkan ibadah di dalamnya. Di antara yang mengukuhkan galakan beribadat pada waktu ini ialah sabda Nabi:



قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ ». فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ »

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti pada hari-hari 10 ini (iaitu 10 hari awal bulan Zulhijjah). Para sahabat baginda bertanya: Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut) ? Ujar Baginda : Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.”

Ini menunjukkan kelebihan sepuluh hari tersebut dan kelebihan 10 hari di bulan Zhulhijjah ini mencakupi siang dan malamnya. Bertolak dari hadith ini sebahagian ‘Ulamaa’ berpendapat bahawa 10 hari di bulan Zhulhijjah lebih utama dari 10 hari akhir di bulan Ramadhaan. Mengatakan bahawa 10 hari di bulan Zhulhijjah lebih utama dari 10 hari akhir bulan Ramadhaan adalah benar kecuali bagi malam Lailatul Qadar dan ini adalah suatu kekhususan.

Pada 10 hari ini, Allah diingati pada siang dan malam, ketaatan kepadaNya, berada dalam kecintaanNya dan keridhaanNya diperbanyakkan. Berbakti kepada ibu-bapa, menyambungkan silaturrahim, bersedekah, berbuat baik kepada manusia, bercakap yang baik dan ma’ruuf, menghilangkan kesusahan orang dan menutup keaiban orang, semua ini adalah disukai oleh Allah. Di samping itu hendaklah memperbanyakkan menghafal Al Qur’aan, menuntut ilmu serta lain-lain amalan saaleh pada siang dan malam 10 hari di bulan Zhulhijjah ini. Melazimi kebaikan pada hari-hari ini memberikan ganjaran melebihi pada hari-hari selainnya.

Yang lebih utama sepertimana yang telah disebutkan ialah mempergandakan amalan-amalan ketaatan yang paling disukai Allah seperti berbakti kepada kedua ibu-bapa, menghubungkan rahim, berdoa, memohon ampun dan jika mereka telah meninggal dunia bersedeqah untuk mereka.

Seorang sahabat berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku telah mati. Bolehkah aku bersedeqah untuknya ? Nabi menjawab: “Ya.”

Bersedeqah untuk ibu bapa yang telah mati, beristighfar untuk mereka, mendoakan rahmat untuk mereka dan meminta Allah agar melapangkan mereka di dalam kubur pada hari-hari mulia ini adalah antara amalan saaleh yang memasukkan kegembiraan pada kedua orang tua. Jika mereka hidup maka keperluan-keperluan mereka hendaklah ditunaikan, berada bersama-sama mereka dalam sebaik-baik keadaan, menghubungkan rahim, menziarahi ibu bapa saudara dan menghubungkan sanak-saudara dan kaum kerabat.

Begitu juga hendaklah menuntut ilmu, menziarahi ‘Ulamaa’, mengulangkaji ilmu, menghafal Al Qur’aan dan Sunnah, memperbanyakkan kebaikan serta mencari amalan yang paling banyak pahalanya dan disukai di sisi Allah. Semua orang melakukan mengikut apa yang dimudahkan Allah baginya. Bagi orang kaya maka keutamaan untuk dia bersedeqah, menahan kesedihan anak-anak yatim, mempercukupkan para balu adalah lebih tinggi baginya. Dia berbuat demikian dengan mengharap pahala dari Allah sehingga Allah memberkati dia pada harta, rezeki, amalan dan ajalnya.

Selain itu seseorang itu hendaklah menjaga apa-apa yang datang dari Al Qur’aan dan As Sunnah seperti bertakbir. Dalam menanggapi firman Allah dalam Surah Al Hajj ayat 28, sebahagian ‘Ulamaa’ berkata bahawa hari-hari tersebut merujuk kepada 10 hari awal Zhulhijjah dan ‘Ulamaa’ telah sepakat tentang kelebihan zikir pada hari-hari tersebut. Adalah para Salaf dan sahabat memperbanyakkan takbir pada hari-hari tersebut. Ibn ‘Umar biasa memasuki pasar sedang orang-orang di pasar sibuk dengan jual beli lalu bertakbir sehingga bergetar pasar daripada laungan takbir beliau yang diikuti oleh laungan takbir oleh mereka yang berada di pasar. Maka hendaklah kita menjaga perkara-perkara baik ini dan amalan-amalan Saaleh yang mendekatkan diri kepada Allah Jalla wa ‘Alaa. Kita memohon kepada Allah yang Maha Besar, pemilik ‘Arasy yang mulia agar membantu kita untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadanya dengan baik.



Diterjemah, diringkas dan dipermudah dari jawapan Shaikh Muhammad Mukhtaar As Shinqeetiyy yang dipaparkan oleh saudara Abu Zaid di Multaqa Ahl Al Hadeeth.


Hadith pertama di atas riwayat At Tirmizhiyy. Al Bukhari juga meriwayatkan hadith seumpamanya dalam Sahihnya.

Hadith kedua tentang bersedeqah bagi ibu yg telah meninggal dunia adalah riwayat Al Bukhari.

صحيح البخارى - (ج 10 / ص 131)
2760 -
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِى مَالِكٌ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - إِنَّ أُمِّى افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا ، وَأُرَاهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ « نَعَمْ ، تَصَدَّقْ عَنْهَا » . طرفه 1388 - تحفة 17161


Al Hajj ayat 28-29.



{
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (28) ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ (29) }



[28] Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

[29] Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.


Tuesday, October 23, 2012

Gaji RM10 setahun!

Patutkah kita berasa sempit dada atau resah dengan jumlah harta yang kita ada? Sila bandingkan keadaan anda dengan mereka ini

Monday, October 22, 2012

Alhamdulillah

....kerana Allah masih memberikan nikmat untuk berkasut. Berapa ramai orang di Vietnam dan di tempat-tempat lain dalam dunia yang tidak mampu memiliki kasut. Masyarakat Dalit di India pula terpaksa menanggalkan kasut mereka setiap kali mereka melalui kawasan yang dimiliki kasta yang lebih tinggi.

Wednesday, October 17, 2012

Friday, August 31, 2012

Besar Nanti Kamu Nak Jadi Apa?

Seorang kanak-kanak Somalia berumur 12 tahun yang berada di sebuah khemah pelarian ditanya soalan ini oleh seorang rakyat Australia dalam salah sebuah program TV Australia. Salah seorang yang berada di situ menambah, "Nak jadi jurutera ke, doktor ke ...."
Dia menjawab mudah,"Saya bercita-cita untuk menjadi orang yang boleh membaca suatu hari nanti." Bergenang air mata melihat dan mendengar jawapan tersebut. Apa lagi yang tak cukup dalam hidup kita?

Wednesday, August 29, 2012

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Kedua-duanya adalah komponen penting dalam makanan tengah hari rakyat Australia. Makanan rakan sebilik dari Vietnam:


Friday, August 24, 2012

Tarikh 1 Shawwal 1433H

6 buah negara yang beraya pada tarikh lain dari seluruh dunia:

Monday, 20 August 2012:
  1. Bangladesh
  2. Brunei
  3. India
  4. Mauritius
  5. Morocco 
  6. Pakistan(sebahagian juga beraya pada hari Sabtu)

Wednesday, August 1, 2012

Bulan oh bulan

Local sighting vs global sighting.
Naked eye sighting atau astronomical new moon.
Ya Allah kau tunjukkanlah kebenaran kepada kami.


Monday, July 16, 2012

Kematian Covey


Beliau meninggal dunia akibat kemalangan basikal semalam. Buku-bukunya memang sedap dibaca dan saya mula membaca buku-buku beliau pada tahun 1995 atau 96. Dia merupakan seorang yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian dan mempunyai 9 orang anak. . Adakah terdapat kandungan buku beliau yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam? Yang itu saya tak perasan atau terlepas pandang. Mungkin saya perlu membaca semula sebahagian buku-bukunya dalam masa terdekat. 

Sunday, July 15, 2012

Perjalanan Musim Sejuk 2012 : Bahagian II
















Sydney Opera House. Tak lah terlalu cantik gambar bangunan ini. Biasa-biasa saje. Pemandangan seberangnya lebih menarik. Parking Wilson AUD 5 untuk setengah jam. Tak pernah sampai Sydney? In shaa' Allah tak rugi apa-apa pun kecuali kalau anda memang berada di Australia kerana barangan dan cenderahati di Paddy's Market mungkin lebih murah dari di tempat lain di negara ini.


















Perisher, NSW. Yang ni cantik. Masa kami pergi sekadar -2 darjah sahaja. Orang Arab Saudi datang sini berpakaian sekadar macam di Makkah je.















12 Apostles di laluan Great Ocean Road.

Perjalanan Musim Sejuk 2012 : Bahagian I

Adelaide -> Renmark -> Hay --> Sydney --> Canberra -> Kosciuszko National Park -> Melbourne--> 12 Apostles --> Mount Gambier --> Adelaide Terlalu banyak hendak diceritakan tapi rasanya sebahagian kisah akan disebut sedikit demi sedikit di blog ini. Rasanya saya mungkin perlu membuat satu kuliah khas berkaitan Fiqh Winter Trip yang merangkumi tajuk-tajuk di bawah: a) Hukum Jama' dan Qasar b) Hukum-hakam Sutrah c) Solat Sunat Di Atas Kenderaan d) Doa menaiki kenderaan yang sunnah e) Doa perjalanan yang sunnah f) Hukum-hakam menyapu khuf dan stokin g) Bolehkah bertayammum bila air sejuk? h) Zikir Pagi dan Petang Yang Sunnah i) Bacaan Nabi saw Sebelum Makan

Sunday, July 1, 2012

Nikmat Matahari

Hendak bersyukur nikmat kepanasan matahari, tunggulah musim sejuk. Bila hampir setiap hari hujan, suhu mencecah 3 darjah Celcius, baju tak dapat dibasuh dan jika dibasuh pun lambat kering barulah terasa kehilangan nikmat panas. Nak turun bersukan dan main bola pun malas kerana takut basah dan kotor. 'Ala kulli haal, tahniah kepada SBFC kerana berjaya membelasah pasukan Westminster 6-0.

Friday, June 29, 2012

Orang Yang Bermusuh

Khutbah hari ini di Masjid Al Khalil disampaikan oleh Imam Amin. Isunya tentang memaafkan orang lain serta tidak bermusuh sebelum malam nisfu Sha'baan Dihuraikan juga tentang isu hajr atau memboikot kerana isu agama dan kerana dunia. Hadith di bawah juga dibawa: أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُعَافَى الْعَابِدُ بِصَيْدَا، وَابْنُ قُتَيْبَةَ وَغَيْرُهُ، قَالُوا: حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْرَقُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو خُلَيْدٍ عُتْبَةُ بْنُ حَمَّادٍ، عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، وَابْنِ ثَوْبَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ يُخَامِرَ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «يَطْلُعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ» “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang berbuat syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al Ahaadith as Sahihah).

Sunday, June 24, 2012

Bersilat Dengan Raudhah An Naazhir

Ya Allah, kau mudahkanlah kami memahami karangan para Ulama Islam seperti karya Ibn Qudaamah ini.

Tuesday, June 19, 2012

1433

Sudah 29 Rajab 1433H rupanya. Jika anda tidak biasa mengkhatamkan Al Qur'aan pada setiap bulan Ramadhaan maka apakah langkah yang telah anda ambil supaya ini tidak berulang? Sudah menghadiri kelas-kelas bacaan Al Qur'aan dan seumpamanya untuk memperelokkan bacaan? Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak terbang melayang. Perlu usaha.

Monday, June 4, 2012

Permulaan Musim Sejuk

Bila musim panas, selalu berangan-angan untuk memperbanyakkan senaman pada musim sejuk. Tapi bila sampai musim sejuk rutin musim panas juga yang masih diteruskan.

Thursday, May 17, 2012

Berfikir sejenak sebelum bertanya

Dialog online dengan sebuah kedai online.. Saya: Assalam 'alaikum. Saya ingin bertanya nama penterjemah kitab X? Dia: Assalamualaikum. Nama saya Y. Selamat datang. Maaf kerana menunggu. Ya, tuan ingin bertanya berkenaan apa? Saya: ....................... Alangkah susahnya mahu mencari orang yang pandai mendengar, membaca dan mahu berfikir dalam masyarakat kita dewasa ini.

Tuesday, May 8, 2012

Berapa Banyak Masa Untuk Bacaan Setiap Hari?

Syaikh Sulaiman bin Naasir bin 'Ulwaan ditanya soalan ini dan beliau menjawab bahawa dia menghabiskan masa lebih 15 jam sehari untuk membaca, mengulangkaji dan menghafal ilmu. Walaupun sudah menghafal begitu banyak kitab, beliau masih menghabiskan masa 15 jam sehari untuk membaca. Berapa jam sepatutnya orang yang sedikit ilmunya macam kita patut habiskan untuk membaca?

Saturday, April 28, 2012

Usul Al Fiqh

Hari ini hari mengulangkaji subjek ini. Bila dah selesai dengan buku-buku yang asas dalam subjek ini kena cuba berjinak-jinak dengan buku-buku yang lebih mendalam. Masalahnya ialah bukan senang nak berinteraksi dengan ilmu ini pada peringkat yang lebih tinggi. Saya tertanya-tanya bagaimana orang yang membaca buku terjemahan Ash Shaatibi dan Ibn 'Ashuur akan boleh memahami dengan baik subjek ini tanpa mempelajari buku-buku sedemikian dalam bahasa asal penulis. Anda ada jawapan?

Thursday, April 12, 2012

Komenlah tentang khutbah saya

Jarang orang meminta untuk kita memberi pandangan dan komen tentang khutbah mereka. Tapi inilah yang berlaku hari ini apabila seorang berketurunan Kurdi meminta saya memberi komen dan teguran tentang khutbah yang beliau sampaikan. Orang sebegini berkemungkinan besar lebih mudah untuk mendapat ilmu dan mempertingkatkan diri berbanding dengan orang seperti saya dan kebanyakan orang Malaysia yang agak pasif dan pemalu dalam menuntut ilmu.

Seronok tak?

Seorang pesakit yang mengidap penyakit skizofrenia dan bipolar disorder bertanya kepada saya, "Do you enjoy the work that you are doing?" Terkedu jugak dibuatnya. Tak pernah ada pesakit yang tanya soalan sedasat itu kepada saya di Malaysia. Saya tujukan balik soalan itu kepada pembaca blog ini. Moga anda gembira dengan apa-apa yang anda lakukan walaupun apa yang dilakukan itu sekadar tidak berbuat apa-apa.

Wednesday, March 7, 2012

Memancing

Setelah lebih 15 tahun tak memancing berjaya juga alhamdulillah menangkap seekor ikan.

Tuesday, March 6, 2012

Badui Penjual Organ Di Mesir

Tak sangka begini sekali keadaan di Mesir. Teruk sungguh hak asasi manusia dirobek di negara-negara kaum Muslimin. Mesir

Saturday, February 18, 2012

Darwin dibom

Setelah Singapura jatuh ke tangan Jepun, Darwin pula dibom beberapa hari kemudian. Hari ini adalah ulang tahun ke-70 peristiwa berkenaan. 19 Februari 1942. Di Malaysia ini bukanlah tarikh yang penting tetapi di sini ia tarikh perubahan penting dalam dasar Australia dari berkiblatkan Britain kepada bergantung kepada Amerika dari segi ketenteraan. Apabila Singapura jatuh kepada Jepun maka melemahlah kuasa British di sana sini secara simboliknya. Lebih banyak bom dijatuhkan Jepun di Darwin dari yang dijatuhkan di Pearl Harbour. Ramai tentera Australia terkorban dan mereka yang ditawan di Malaya menjadi hamba membina keretapi Thailand-Burma. Masih ada lagi rakyat Australia yang telah mengalami peristiwa itu pada hari ini. Saya tak pasti jika hakikat yang sama wujud di Malaysia.

Pemergiannya

Suka atau tidak, lagu-lagu yang popular pada satu-satu masa akan sedikit sebanyak mencorakkan memori dan kenangan yang ada dalam diri. Zaman sekolah dahulu, ada seorang cikgu yang pernah menyuruh kami menyanyikan lagu Greatest Love of All. Saya pada waktu itu hanya menyanyikan lagu itu bersama rakan-rakan sekelas tanpa mengambil peduli siapa penyanyi asal lagu tersebut. Saya tak pernah tahu siapa penyanyi asal lagu tersebut. Yang saya tahu, lirik lagu tersebut agak cantik untuk dibaca dan difahami. Whitney Houston rupanya penyanyi lagu tersebut dan dia pula orang kulit hitam. Saya tidak berasa sedih dengan pemergiannya tetapi lagu-lagu yang pernah didendangkannya mungkin sukar mahu dipisahkan dari kepala ini. Saya fikir mungkin ramai orang lain juga berasa begitu.

Tuesday, February 7, 2012

Kunjungan Orang Melaka

Semalam, 29 orang yang terdiri dari KM Melaka, EXCO dan lain-lain datang ke sini. Terasa nak komen. Tapi mungkin nanti-nantilah kot in shaa' Allah.

Bila Kebajikan Golongan Tertindas Tidak Dipelihara

.....maka mereka mungkin akan menjadi penjenayah. Terjumpa tulisan Mohd Ali ini yang bertarikh hari ini di FB: assalamalaikum......dato,sy antara berjuta rakyat mlaysiayg perlu medapat keistemewaan di bumi bertuah ini,tapi sy dah mcm pelarian di bumi sendiri!!! Begini kisahnyerw,sy nie mungkin anak punggut,sy di kutip oleh sepasang suami isteri yg memerlukan anak,sy di jaga bagai ditatang mnyak yg tak akan tumpah walau setitik pun,bila usia msok 4 tahun,kasih sayang diberikan dah semakin kurang,berkat di bela anak kutp nie lah allah s.w.t memberi mereka anak dari hasil benih mereka sendiri,setiap tahun mereka dikurniakan anak smpai mereka dapat anak keenam,pasangan tu mengalami keguguran,doktor mengatakan mereka dah tak boleh melahirkan zuriat,itu adalah balasan allah s.w.t pada mereka,kerana anak pungut nie lah mereka dera di buat mcm binatang,sehinggalah jiran and pihak sekolah lapur pada kebajikan masyarakat daerah hulu langgat sgor,mereka dtg waktu itu dlm tghari ketika org gaji sibuk di dapur,ketika pihak kebajikan dtg mereka terkejut melihat sy ketika itu,sy dirantai kaki dan jua tangan,kluarga angkat sy merantai sy agar sy tak kan lari dari rumah,pihak kebajikan memotong rantai besi tu dlm senyap,agar tak diketahui oleh org gaji,selepas berjaya di potong terus mereka bwk sy naek land rover mereka terus ke hospital besar kuala lumpur untuk di periksa tahap mana kecerdaan yg sy alami waktu itu,memang parah waktu itu kesan lecur di peha kiri masih ada lg pada ketika ini,kesan kena salai dgn pisau yg di salaikan atas api di cucuh atas peha,slepas di periksa dan ditempatkan di wad sy rasa seronok dilayan penuh kasih sayang oleh nurse yg berada di situ.Selepas sahaja sy kluar wad,sy dihantar pihak kebajikan ke RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH SUBANG SGOR,diurus kan oleh pihak swasta,rumah amal di bawah naungan sultan sgor.sy disekolahkan oleh pihak kbajikan tanpa rasa syak apa-apa,ketika rumah amal itu dah terlalu ramai sebahgian dari kami di pindah kan ke RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH,CHERAS KL.Keadaan sama jugak berlaku terlampau ramai penghuni kami ditransfer ke RUMAH KANAK-KANAK SULTAN ABDUL AZIZ KUALA KANGSAR PERAK.Semasa di perak sy terlampau nakal dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak di SEKOLAH TUNAS BAKTI TELUK AIR TAWAR, BUTTERWORTH PULAU PINANG.Memang sedih ketika itu,sedih dgn ape yg terjadi,semasa disitu sy di ajar dlm bidang masakan,slepas 3tahun sy dibebaskan,ketika itu umur sy dlm lingkunggan 15tahun,sy balik ke kampung sy di RUMAH PANJANG TAMAN KOSAS AMPANG SGOR,ape yg sy lihat ketika sy sampai di kampung,kubur......sy trus menuju kerumah si pengali kubur,ketuk and bg salam and disahut tak brapa lama kemudiaan,sy bertanya,mana org kampung kat sini pakcik,dgr je berita dari pakcik tu trus sayup je hati ini,kampung diroboh kan org kampung semua dah pindah ke tempat baru yg di berikan oleh kerajaan negeri di flet blakang giat super market TAMAN DAGANG AMPANG SGOR.sy pasrah dah tak tahu mana nak pergi ketika itu,sy bercampur dgn budak jahat sy terikut cara mereka,sambil itu sy ada try cari mereka(kluarga angkat)tapi tak jumpa rumah yg di berikan kerajaan dijual kn oleh mereka,yg pasti mereka dah bercerai(mak and ayh angkat)mereka dah bwk haluann masing-masing,memang dah tak dapat cari mereka lagi.Sy jadi buas di bandar KL ketika itu at last kena tangkap,baru sy tahu yg sy nie tak ada surat beranak and IC,pada ketika itu sy langsung tak terpikir pasal itu,tapi ada rekod mengatakan sy nie bekas mangsa dera yg diselamat kan oleh kebajikan masyarakat pada 5tahun lalu iaitu tahun 1993/1994.Sy dijatuhkan hukum di bawah akta juvana mejalani rawatan pemulihan akhlak SEKOLAH HENRY GURNEY,TELOK MAS MELAKA,selama 3tahun di situ bila saat sy nak dibebaskan ada pegawai bhagian kebajikan dtg berjumpa sy dan bertanya mengenai surat beranak sy dan tidak memperolehi IC,maunye sy tak meradang,slama 3tahun sy kt dlm HENRY GURNEY tu langsung tak dtg jumpa sy bertanya mengenai IC and SURAT BERANAK,pegawai tu ckp je nak tolong tp kalau tak ada keikhlasan dlm kerja,memang menanti buah yg tak gugur.Sy gunakan cara sy,sy siasat sape diri sy mana asal usul sy,memang sejak dilahirkan sy tak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri,sy mohon daftar lewat kelahiran melalui JABATAN KEBAJIKAN DAERAH HULU LANGGAT SGOR,akhirnye dapat jua surat beranak no IC pun dah ada,bila sy balik je ke melaka bagi surat beranak tu pada JABATAN PENDAFTARAN MELAKA,untuk daftar wat IC pegawai tu pun melihat sy dgn pelik,dia ckp surat beranak sy tak lengkap,sebab tak ada maklumat ibu bapa,taraf kewargaan pun belum ditentu kan,mcm mana nak dapat IC lau keadaan mcm nie,sy perjelas kan pada mereka surat beranak nie di kluarkan oleh ibu pejabaT PUTRAJAYA,mcm mana ibu pejabat boleh kluarkan surat beranak yg tak LENGKAP,bkn kecik modal sy nak turun naek dari MELAKA ke KL,sy berkerja pun mcm warga asing keringat bagai gila di perah tapi hasilnye sungguh mengecewakan tapi sy tetap bersyukur segala nikmat tuhan berikan pada sy!Dari tahun 2007 sampai sekarang sy tak mempunyai IC!Sy ni merantau orgnye,mcm-mcm boleh berlaku pada diri sy,skang umur sy pun dah 26tahun,sekarang berada di MELAKA,nie no fon sy,sy harap-harap sangat dato boleh tolong sy,sebagai mana moto malaysia"RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"017-7092592,Sy minta TOLONG sangat nie dato,khidupan sy ketika ini memang perit.................

Monday, January 30, 2012

Hujan akhirnya

Alhamdulillah. Shukur. Akhirnya setelah berhari-hari kepanasan hujan pun akhirnya turun. Malam semalam kelihatan hujan juga di Melbourne menyebabkan stadium terpaksa ditutup bumbungnya ketika perlawanan antara pemain nombor satu dunia dan pemain nombor dua dunia. Pemain yang lebih saya minati permainannya iaitu Roger Federer tidak berjaya masuk final. Namun perlawanan semalam begitu sengit dan memenatkan hatta bagi penonton di rumah. Kita juga perlu semangat juang setelah jatuh yang mengatasi semangat dan ketabahan Novak dan Rafa. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya tak bermain tenis...

Nak pegi sekolah diddy

Demikian jeritan anak pagi-pagi lagi. Begitu bersemangat mahu ke tadika. Semoga semangat itu berterusan hinggalah ke universiti.

Wednesday, January 18, 2012

Pertengahan Musim Panas


















Bandingkan dengan gambar sama pada musim sejuk Setakat ni paling panas 41 darjah. Ada bayang-bayang kepanasan Makkah. Memang bila terasa bahang matahari teringat kadang-kadang suasana di Makkah dan Madinah. Entah bila lagi akan berpeluang ke sana?