Saturday, February 18, 2012

Pemergiannya

Suka atau tidak, lagu-lagu yang popular pada satu-satu masa akan sedikit sebanyak mencorakkan memori dan kenangan yang ada dalam diri. Zaman sekolah dahulu, ada seorang cikgu yang pernah menyuruh kami menyanyikan lagu Greatest Love of All. Saya pada waktu itu hanya menyanyikan lagu itu bersama rakan-rakan sekelas tanpa mengambil peduli siapa penyanyi asal lagu tersebut. Saya tak pernah tahu siapa penyanyi asal lagu tersebut. Yang saya tahu, lirik lagu tersebut agak cantik untuk dibaca dan difahami. Whitney Houston rupanya penyanyi lagu tersebut dan dia pula orang kulit hitam. Saya tidak berasa sedih dengan pemergiannya tetapi lagu-lagu yang pernah didendangkannya mungkin sukar mahu dipisahkan dari kepala ini. Saya fikir mungkin ramai orang lain juga berasa begitu.

No comments:

Post a Comment