Thursday, September 22, 2011

Pemergian Seseorang Yang Berani

Saya agak terkejut apabila terbaca bahawa Ustaz Ghazali Hasbullah sudah pulang menemui Tuhannya. Semasa tahun 90an saya sering mengikuti kuliah mingguan beliau di sebuah surau di Jalan Yadi, Klang. Ketika itu beliau mengajar kitab 'Aqeedatun Najiin. Suatu kuliah beliau yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika beliau membaca kisah Imam Ahmad bin Hanbal yang disiksa kerana mempertahankan 'aqeedahnya. Terlalu banyak pendapat beliau yang tidak saya setujui dari dulu hinggalah sekarang. Namun begitu tiada siapa yang boleh menafikan beberapa sifat terpuji yang ada pada beliau. Didoakan agar Allah mengampunkannya dan meluaskan kuburnya.



Tuesday, September 20, 2011

Windows 7

Alhamdulillah. Setelah setahun DVD Windows 7 yang original disimpan hingga berabuk di rumah akhirnya saya berjaya upgrade sistem di rumah dari Vista ke 7. Setakat ini ok. Bukan susah rupanya. 4-5 jam sahaja. Pelajaran berharga juga diperolehi tentang jenis-jenis DVD player yang ada. Ada yang + dan ada yang - rupanya. Kenapalah masa beli dulu tak ada siapa yang nak habaq pasai nih?



Tuesday, September 13, 2011

Friday, September 9, 2011

Hamba Semasa Ramadhan Semata

Agak ketara rupanya perbezaan jumlah orang yang bersolat pada bulan Ramadhan dan pada bulan-bulan selepasnya. Semasa Ramadhan musolla di bangunan Eleanor Harrald selalu sesak dan saya seringkali terpaksa menunggu di luar untuk solat. Maklumlah musolla ini untuk lelaki dan perempuan dan kecil pula saiznya. Selepas Ramadhan musolla ini kembali sunyi. Muka-muka lama juga yang kelihatan solat di sini. Beberapa orang doktor pakar dan seorang intern. Seorang dari Indonesia, seorang dari India, seorang dari Bangladesh, seorang Ibaadhiyy dari Oman dan beberapa orang dari Malaysia.