Saturday, March 27, 2021

Membeli aircon untuk newbie

 Antara pelajaran hidup yang saya ambil secara mahal dan sukar ialah jangan beli aircon melainkan jenama yang paling diketahui tahan lama dan tak 'manja'. Sudah dua aircon LG inverter saya yang rosak selepas 2-3 tahun sahaja digunakan. Sekarang memang saya beralih kepada Daikin, Panasonic, York, Acson dll. Daikin yang paling top sebab Panasonic pun saya pernah ada problem. Inverter masalahnya ialah kalau ada bahagian rosak nak kena tukar mahal sampai dekat RM900 saya pernah kena. Sekarang saya memilih non-inverter sebab kurang menyusahkan dalam jangka masa panjang. Nak repair aircon bila rosak makan berjam-jam dan kadang-kadang berhari-hari. Siapa ada masa untuk itu semua?