Tuesday, December 9, 2025

Daurah Tafsir

 Setelah beberapa tahun akhirnya saya selesai mendengar rakaman penuh daurah tafsir dengan Maulana Hadi. Tak pasti berapa ratus jam punya rakaman. Sekadar mendengar sambil memandu sana sini dan bukan duduk mencatit dan seumpamanya tapi terasa cukup berat nak menghabiskannya. Setakat ni tak nampak lagi bila saya boleh nak hadir daurah ini secara berdepan walau sedikit.


Penyampai adalah seseorang yang boleh dikatakan Salafi-Deobandi-Tablighi dan aliran ini tentu memberi kesan dalam isi tafsir yang disampaikan. Harapnya ada beberapa tokoh lain yang berkelayakan juga mengadakan daurah tafsir ini setiap tahun. Daurah 40 hari berturut-turut ada tujuannya tapi rasanya agak berat untuk ramai orang hadir. Kalau dapat dibuat 10 hari setahun di Lembah Kelang, Melaka dll memang sangat cantik tapi tentu perlu ada sponsor kerana bukan semua orang boleh tawakkal macam Maulana Hadi.

No comments:

Post a Comment