Sunday, July 13, 2025

Samaa3

 Ada ramai manusia dalam dunia ini yang khatam Al Qur'aan setiap tahun. Ada yang khatam setiap bulan malah ada yang setiap minggu atau kurang. Yang khatam setiap tahun atau setiap bulan dan selainnya banyak ayat Al Qur'aan yang dia baca dalam keadaan tiada kefahaman terhadapnya.


Dia tak pernah belajar pun tafsir ayat Al Qur'aan dari kulit ke kulit. Kalau pernah belajar pun hanya satu kitab tafsir yang dipelajari kulit ke kulit. Ramai yang tak pernah belajar pun Usuul at tafsiir tapi dia tetap cuba khatam setiap tahun. Banyak ayat yang dia akan salah faham dan tak faham.

Bila dia baca ayat 'ainama tuwallu fathamma' maka dia mungkin ingat kita solat tak perlu ikut arah qiblat. Bila dia baca ayat tentang menulis hutang maka dengan sedikit ilmu usul al fiqh yang dia ada maka dia mungkin membuat kesimpulan bahawa wajib hukumnya menulis hutang. Kalau ditanya i'rab perkatan 'ism' pada basmalah maka dia tak tahu jawapannya. Kalau disuruh menghuraikan dari memori maksud satu-satu perkataan dalam 3 qul pun dia akan angkat tangan.

Beribu perkataan apatah lagi ayat kalau ditanya maknanya maka dia akan kata tak tahu tapi itu tak bermakna dia patut berhenti mengkhatamkan Al Qur'aan setiap bulan atau tahun! Samalah keadaannya dengan majlis samaa' hadith!

Program sebegini dah lama seperti pupus dalam dunia Islam sedangkan ia sangat meriah pada zaman keemasan Islam dulu! Program samaa' ni seperti bacaan khatam Al Qur'aan di mana ia adalah appetizer yang membuka selera kita agar lebih mendalami lagi Bahasa Arab, tafsir, fiqh, hadith, 'aqiidah dll. Ia bukan penghujung jalan tapi pembuka jalan bagi kebanyakan penuntut ilmu. Marahkan nyamuk jangan kelambu yang dibakar! Marahkan kutu kepala maka jangan kepala itu yang mahu dipancung!

No comments:

Post a Comment