Thursday, July 31, 2025

not anti-Semitic

 

Australia's Federal Court clarifies: Anti-Zionism and criticism of Israel is not anti-Semitic



Saturday, July 26, 2025

Ru'yah Allah

 Saya masuk untuk solat di sebuah masjid di KD, Selangor tadi. Bunyi speaker sangat kuat di luar masjid dan memang saya sukar menghabiskan bacaan dalam solat. Si pengkuliah berbicara tentang isu ru'yatullah. Pelbagai hadith yang saya sempat dengar tentang melihat wajah atau 'wajah' Allah. Cumanya bila dia bawa ayat berkaitan Nabi Musa as maka dia mengatakan bahawa Nabi mUsa as gatal nak tengok Allah. Saya tak pasti sama ada wajar atau tidak lafaz sebegini digunakan untuk seorang Nabi Ulil 'Azmi.


Antara isu yang dibangkitkan oleh Dr. Rabii' al Madkhali dalam menyerang para golongan haraki seperti Sayyid Qutb dan al Maududi ialah mereka dituduh kurang adab dengan Nabi Musa dan kurang adab dengan para sahabat seperti 'Uthmaan.

Thursday, July 24, 2025

Al Majmuu'

  

Di dunia Arab mungkin syarah Ibn 'Uthaimiin antara yang awal disebarkan apabila internet muncul. Harini dah ada lambakan syarah kepada muqaddimah Majmuu' oleh pelbagai Ulama Azhar hinggalah kepada Habib 'Umar. Tapi tentulah semuanya dalam BA.
Di negara ini yang saya perasan dalam 10 tahun ini belum ada majlis yang ajar kitab ini sampai habis. Semuanya terhenti separuh jalan entah kenapa. Kalau ada sampai habis mungkin secara tertutup yang saya tidak tahu tentangnya di pondok2 dan madrasah2.
Muqaddimah ni ada banyak nasihat berharga kepada penuntut ilmu agama dan yang dah tak berapa menuntut dah. Antara yang saya rasa kagum dengan muqaddimah ini suatu ketika dahulu ialah huraian adab2 meminta fatwa dan memberi fatwa. Sama-samalah kita menghadiri kalau belum pernah menghadiri majlis-majlis bacaan atau huraian muqaddimah yang sangat fundamental bagi para peminat ilmu agama ini.

Monday, July 21, 2025

Al 3arfaj

 Tadi sempat masuk majlis bacaan Fathul Qariib dalam fiqh Shaafi'iyy online bersama seorang tokoh yg saya tak kenali iaitu Syaikh Ahmad al 'Arfaj. Antara lain disebutkan oleh seseorang dari Iraq tentang kesusahan untuk mengikut mazhab Shaafi'iyy dalam bab menyapu atas balutan. Antara lain syaikh menyebut agar bertaqlid dengan mazhab Hanafi dan bertanya Ulama mazhab Hanafi tentang syarat-syarat berkaitan. Beliau juga menyebut bahawa khuff tidak semestinya dari kulit dan boleh juga dari plastik, dll selagi mana ia mempunyai ketahanan seperti khuff.  


21/7/2025

Sunday, July 13, 2025

Samaa3

 Ada ramai manusia dalam dunia ini yang khatam Al Qur'aan setiap tahun. Ada yang khatam setiap bulan malah ada yang setiap minggu atau kurang. Yang khatam setiap tahun atau setiap bulan dan selainnya banyak ayat Al Qur'aan yang dia baca dalam keadaan tiada kefahaman terhadapnya.


Dia tak pernah belajar pun tafsir ayat Al Qur'aan dari kulit ke kulit. Kalau pernah belajar pun hanya satu kitab tafsir yang dipelajari kulit ke kulit. Ramai yang tak pernah belajar pun Usuul at tafsiir tapi dia tetap cuba khatam setiap tahun. Banyak ayat yang dia akan salah faham dan tak faham.

Bila dia baca ayat 'ainama tuwallu fathamma' maka dia mungkin ingat kita solat tak perlu ikut arah qiblat. Bila dia baca ayat tentang menulis hutang maka dengan sedikit ilmu usul al fiqh yang dia ada maka dia mungkin membuat kesimpulan bahawa wajib hukumnya menulis hutang. Kalau ditanya i'rab perkatan 'ism' pada basmalah maka dia tak tahu jawapannya. Kalau disuruh menghuraikan dari memori maksud satu-satu perkataan dalam 3 qul pun dia akan angkat tangan.

Beribu perkataan apatah lagi ayat kalau ditanya maknanya maka dia akan kata tak tahu tapi itu tak bermakna dia patut berhenti mengkhatamkan Al Qur'aan setiap bulan atau tahun! Samalah keadaannya dengan majlis samaa' hadith!

Program sebegini dah lama seperti pupus dalam dunia Islam sedangkan ia sangat meriah pada zaman keemasan Islam dulu! Program samaa' ni seperti bacaan khatam Al Qur'aan di mana ia adalah appetizer yang membuka selera kita agar lebih mendalami lagi Bahasa Arab, tafsir, fiqh, hadith, 'aqiidah dll. Ia bukan penghujung jalan tapi pembuka jalan bagi kebanyakan penuntut ilmu. Marahkan nyamuk jangan kelambu yang dibakar! Marahkan kutu kepala maka jangan kepala itu yang mahu dipancung!