Monday, March 25, 2013

Majlis Perkahwinan Di Masjid?

Q: Salam doc, ingin bertanya sbenarnya majlis pernikahan itu lebih afdal diadakan di mana ye berdasarkan sunnah Nabi SAW?

A: Wsalam. Majoriti Ulama mengatakan bahawa digalakkan dilakukan di masjid berdasarkan sebuah hadith riwayat Tirmidhi dll yang berbunyi "Iklanlah majlis perkahwinan dan jadikannya di masjid." Namun status hadith ini lemah. Terdapat aqad perkahwinan yang dilakukan di masjid pada zaman Nabi saw sebagaimana dalam hadith riwayat Bukhari namun perkara ini tidaklah berlaku berulang-ulang. Oleh itu majlis perkahwinan harus dilakukan di masjid atau di tempat-tempat lain. Pada zaman ini mungkin lebih baik dilakukan di luar masjid untuk menjaga kehormatan masjid dan mengelakkan dosa berganda. Majlis-majlis perkahwinan pada masa kini banyak yang melibatkan bercampur lelaki dan perempuan, wanita tidak menutup aurat dan suasana yang menggangggu orang beribadat dan sebagainya. Jadi bagi saya lebih baik dilakukan di rumah atau selainnya kecuali jika suasana dapat dikawal menurut shariat. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment