Tuesday, December 9, 2025

Umrah

 Antara tips nak kurang risiko sebegini ialah ;

1. Pilih TA yg lesen nya dgn MOTAC masih valid.
2. TA yg ada lesen PJH YG DIIKTIRAF TH adalah sebagai satu kelebihan kerana hanya TA yg stabil terutama dr segi pengurusan kewangan yg TH pilih utk jadi Rakan Strategik mereka dalam urusan Haji.
3. TA yg nyata ada fizikal offc. Kita boleh terjah anytime jika perlu.
4. TA yg dah ada banyak cawangan juga bagus sebagai trademark yg menunjukkan TA itu boleh diyakini.
5. TA itu dilantik sebagai RAKAN STRATEGIK AMAL MAS AIRLINE dan juga Rakan Strategik kepada hotel2 besar di Mekah/Madinah.
6. Bukak Google Review dan tengok feedback2 bekas jemaah yg dah pergi dgn TA itu.

Pn Maryam

Daurah Tafsir

 Setelah beberapa tahun akhirnya saya selesai mendengar rakaman penuh daurah tafsir dengan Maulana Hadi. Tak pasti berapa ratus jam punya rakaman. Sekadar mendengar sambil memandu sana sini dan bukan duduk mencatit dan seumpamanya tapi terasa cukup berat nak menghabiskannya. Setakat ni tak nampak lagi bila saya boleh nak hadir daurah ini secara berdepan walau sedikit.


Penyampai adalah seseorang yang boleh dikatakan Salafi-Deobandi-Tablighi dan aliran ini tentu memberi kesan dalam isi tafsir yang disampaikan. Harapnya ada beberapa tokoh lain yang berkelayakan juga mengadakan daurah tafsir ini setiap tahun. Daurah 40 hari berturut-turut ada tujuannya tapi rasanya agak berat untuk ramai orang hadir. Kalau dapat dibuat 10 hari setahun di Lembah Kelang, Melaka dll memang sangat cantik tapi tentu perlu ada sponsor kerana bukan semua orang boleh tawakkal macam Maulana Hadi.

Friday, October 10, 2025

oj

 Perbeaan Antara Mudaaroh & Mudaahanah

• Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Mudaaroh itu sifat yang terpuji, sementara mudahanah itu sifat yang tercela.

Orang yang bermudaaroh, mereka berlemah lembut terhadap seseorang untuk mengeluarkan hak darinya atau menyelamatkan orang itu dari kebatilan.

Adapun orang yang bermudaahanah, mereka berlemah lembut terhadap seseorang untuk membenarkan kebatilannya dan membiarkannya di atas hawa nafsunya.

Maka mudaaroh itu sifat orang beriman, sementara mudaahanah itu sifat orang munafik.” (Ar-Ruuh 1/231)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com

Friday, October 3, 2025

Freakonomics (book title)

A Rogue Economist 


Explores the Hidden Side of Everything is the debut non-fiction book by University of Chicago economist Steven Levitt

Thursday, September 25, 2025

Pintu-pintu Fitnah

 "Sesiapa yang mendatangi pintu-pintu As Sultan maka dia akan terfitnah/memfitnah. Dan tidaklah bertambah dekatnya seseorang dengan Sultan melainkan dia akan semakin jauh dari Allah 'Azza wa Jalla." (Ahmad)

"Sesiapa yang mendatangi As Sultan maka dia akan terfitnah." (Ahmad)
"Sesiapa yang melazimi As Sultan maka dia akan terfitnah." (Abu Dawud)
"Sesiapa yang menuruti As Sultan maka dia akan terfitnah." (Nasa'ii)
Ini adalah sebahagian lafaz-lafaz hadith dalam isu berkaitan. Dha'if, hasan ghariib, hasan lighairih dan hasan adalah hukum para tokoh atas pelbagai hadith sebegini.
Seseorang yang mengunjungi pihak berkenaan maka agamanya akan terfitnah dan mungkin lalu menghilang. Orang yang mengunjungi pemimpin terutamanya pada zaman dahulu maka jika dia menyetujui perbuatan pemimpin tersebut maka dia telah membahayakan agamanya dan kalau dia tak menyetujuinya maka dia mungkin akan dibunuh. Ini adalah kalau dia mengunjungi Sultan dalam keadaan sekadar mahu menyenangkan hatinya. Adapun jika dia mendatangi Sultan dalam keadaan memberi nasihat, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah munkar maka inilah yang afdhal kata para Ulama.

Monday, September 22, 2025

Americans and The Jews

 The American Christians used to hate the jews 100 years ago. Now they are supporting Israel! What changed? Did the content of the Bible change or the interpretations of the Bible changed?