Beberapa minggu lepas saya dan isteri pergi membeli-belah di
pasaraya Giant, Tambun. Apabila hampir tiba waktu solat Jumaat saya pun
pergi ke masjid berdekatan. Isteri saya duduk menunggu dalam pasaraya.
Tidak lama kemudian datang seorang perempuan dan anaknya duduk
berdekatan dengan isteri saya. Setelah bersembang sedikit dan wanita itu
mengatakan bahawa dia datang dari Chemor (beberapa minit dari Tambun)
akhirnya wanita itu bertanya, “Datang sini seorang ke ?” Isteri saya
menjawab,”Tak. Datang dengan suami.” “Suami pergi mana ?” dia
melanjutkan kata. “Solat jumaat,” jawab isteri saya. Tidak semena-mena
wanita ini mukanya berubah dan terus tidak bertanya apa-apa soalan lagi.
Suami wanita ini dari awal hingga akhir waktu orang ramai bersolat
Jumaat sibuk membeli-belah dalam pasaraya.
Solat Jumaat merupakan suatu kewajipan penting setiap lelaki Muslim. Namun malangnya tiada siapa yang mahu mengambil langkah tegas terhadap lelaki Muslim yang meninggalkan solat Jumaat walaupun ini berlaku secara meluas. Penguatkuasa yang sibuk sangat dengan operasi khalwat sehingga menyerang rumah wanita berkahwin yang sedang menyusu sepatutnya menumpukan tentang memberi ingatan dan nasihat bagi mereka yang tidak solat. Pelbagai mekanisme boleh dilakukan untuk mengembalikan masyarakat kepada rukun Islam yang sangat asas ini namun perkara ini bagai tidak diendahkan oleh pihak agama berwajib. Mungkin menegur orang yang tidak solat tidak semenarik mencari dan mengintip orang yang berkhalwat ?
18/8/2008

No comments:
Post a Comment