'Abdullah bin Lahii'ah Al Qaadhi Al Hadhrami merupakan tokoh Ulama Mesir yang berpuluh kali juga disebut namanya dalam Tirmidhi. Dalam Mu'jam As Saghiir At Tabraani yang dibaca dengan Syaikh Waa'il tempoh hari terdapat riwayat menarik yang menyebut bahawa Al Waliid bin Mazyad antara yang meriwayatkan hadith dari Ibn Lahii'ah ini sebelum kitabnya terbakar. Nama beliau ini memang selalu disebut sebagai contoh klasik dalam kitab-kitab mustalah tentang bagaimana seseorang itu boleh berubah riwayatnya di penghujung usianya.
Cumanya ada perbincangan Ulama sama ada kitab-kitab beliau terbakar atau tidak. Al Bukhari membawa riwayat bahawa kitab beliau terbakar tahun 169 H (3 hingga 6 tahun sebelum beliau wafat. Sebahagian Ulama lain pula membawa riwayat bahawa Ulama Mesir menafikan berlaku kejadian buku-buku beliau terbakar malah Ibn Wahb meriwayatkan dari beliau sampai meninggal dunia. Al Bukhari sendiri tak membawa riwayat beliau dalam Sahihnya dan Imam Muslim pula membawa sekadar sebagai sokongan tambahan untuk riwayat lain tapi nama beliau seudah tentu memenuhi kitab-kitab hadith lain. Rahimahullah.