Tuesday, October 20, 2026

BAM II

 Dan ada banyak buku dalam Shamela yang memang berasaskan manuskrip yang sama dengan manuskrip yang diserahkan kepada penerbit. Beberapa belas tahun lepas Al Musnad Al Mu'allal yang baru habis ditulis oleh Dr. Basshhaar 'Awwadh dll muncul di Shamela. Karya ini adalah puluhan jilid jadi tak mungkin karya ini muncul di Shamela tanpa penglibatan orang dalam.


Dr. Bashhaar lalu menulis dalam Multaqa ahl al hadith merayu agar karya ini tidak disebarkan dalam bentuk Shamela dahulu dan biar ditunggu beberapa tahun jualan di kedai-kedai baru disebarkan di Shamela. Beberapa tahun lepas, karya ini mucul semula dalam Shamela dan dituliskan bahawa salah seorang penulis yang kurang dikenali ramai yang mengupload karya ini. Karya ini juga disebut bahawa ada perbezaan di sana sini dengan yang terbit di pasaran kerana ada penambahan serta pengurangan oleh Dr. berkenaan. Jadi adakah dalam kes ini versi Shamela lebih tepat dari versi cetakan? Mungkin ini realitinya tapi lebih menarik kalau penulis berkenaan dan/atau Dr. Bashhaar ditanya akan hal ini untuk pengesahan.

No comments:

Post a Comment