اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِكَ أنْ أضِلَّ أَوْ أُضَلَّ
، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ ، أَوْ أجْهَلَ
أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
(حديثٌ صحيح ، رواه أبو داود والترمذي وغيرهما بأسانيد صحيحة)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari menyesatkan
atau disesatkan, dari menggelincirkan atau digelincirkan, dari
menganiaya atau dianiaya, dari memperbodoh atau diperbodohkan (oleh
orang lain).
(Hadith Sahih Riwayat Abu Dawud)
Kalau kita betul renungkan makna doa ini maka kelebihan
doa ini akan benar-benar dapat dirasakan. Berapa ramai orang hari ini
yang dipersenda oleh orang, disesatkan, dianiaya atau menganiaya orang
lain selepas keluar dari rumahnya ? Tiada apa yang dihairankan kerana
mereka memang tidak membaca doa keluar rumah. Masalah buli di sekolah
pun mungkin boleh dikurangkan secara drastik dengan izin Allah jika ibu
bapa mengambil inisiatif untuk mengajar anak mengamalkan doa ini dalam
kehidupan harian. Mungkin boleh diprint dan diframe depan rumah buat
sementara waktu bagi memudahkan menghafalnya. Bagi yang kaya mungkin
boleh ditulis atas flip chart dan diletak di tempat laluan sebelum
keluar rumah. Semoga Allah memberi kekuatan untuk menghidupkan sunnah
yang mati ini.
Taiping, 18/8/2008
No comments:
Post a Comment