Satu kesilapan yang saya masih ingat ialah beliau mengatakan bahawa kata-kata di bawah ini adalah doa yang diajar Rabi’atul ‘Adawiyah padahal ini berasal dari Nabi sendiri:
وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِى إِلَى حُبِّكَ
“Aku meminta kepadaMu kecintaanMu, cinta orang yang mencintaiMu dan cinta kepada amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu. “
(Riwayat Ahmad, Hakim dan lain-lain)
Kesalahan yang sama yang ramai orang telah sedar juga
ialah iklan tentang kemalangan jalan raya yang banyak diletakkan di
masjid-masjid di mana kata-kata Nabi disandarkan kepada Hukama’ padahal
hadith itu memang jelas sahih dan terkenal pula namun barangkali kerana
mendapat nasihat dari golongan yang kurang maklumat maka kesilapan itu
dilakukan. Hadith tersebut berbunyi:
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ
“Bagi setiap penyakit ada ubat”
(Riwayat Muslim)
WAllahua’lam bissowab.
Ogos 2008
No comments:
Post a Comment