Sunday, September 8, 2024
Monday, August 19, 2024
Maulana Muhammad Anwar Badakhshani
Maulana Muhammad Anwar Badakhshani dilaporkan meninggal dunia beberapa hari lepas. Ada beberapa orang guru saya yang pernah belajar di institusi tempat beliau mengajar di Binori Town, Karachi. Saya tak pasti sama ada mereka pernah belajar direct dengan beliau atau tidak mengenangkan saya tak pernah mendengar mereka menyebut nama beliau tapi kemungkinan besarnya mereka pernah belajar dengan beliau.
Sunday, August 18, 2024
Kesengsaraan Di Afrika
Venezuela
- 5 juta penduduk telah meninggalkan negara ini
- Inflasi 400 peratus
- Dahulunya negara terkaya di Amerika Selatan
- Petrol sekarang perlu tunggu sampai sehari untuk dibeli.
- Dah beli petrol kualiti petrol teruk menyebabkan kereta selalu rosak
- Pencemaran akibat petrol teruk berlaku
- Air untuk kegunaan harian susah untuk didapati
- Golongan missionary terus tabah masuk berdakwah ke pedalaman di negara ini dan suatu ketika dahulu mengambil risiko dibunuh dengan lembing dll
Congo
- Ramai wanita bekerja sebagai penyelam demi mengumpul kepah
- Sistem pengangkutan awam sangat teruk
Central African Republic
- Kesusahan hidup harian yang luar biasa kerana tiada infrastruktur yang baik
- Perjalanan 100 km mengambil masa 3 hari. Kerana keadaan jalan yang teruk 90 km adalah terpaksa berjalan kaki
Thursday, August 8, 2024
Deobandi II
Saturday, March 27, 2021
Membeli aircon untuk newbie
Antara pelajaran hidup yang saya ambil secara mahal dan sukar ialah jangan beli aircon melainkan jenama yang paling diketahui tahan lama dan tak 'manja'. Sudah dua aircon LG inverter saya yang rosak selepas 2-3 tahun sahaja digunakan. Sekarang memang saya beralih kepada Daikin, Panasonic, York, Acson dll. Daikin yang paling top sebab Panasonic pun saya pernah ada problem. Inverter masalahnya ialah kalau ada bahagian rosak nak kena tukar mahal sampai dekat RM900 saya pernah kena. Sekarang saya memilih non-inverter sebab kurang menyusahkan dalam jangka masa panjang. Nak repair aircon bila rosak makan berjam-jam dan kadang-kadang berhari-hari. Siapa ada masa untuk itu semua?