Thursday, August 8, 2024

Deobandi II


Ramai geng Deobandi menyerang Syaikh Ahmad Ash Sharief (AAS) lantaran kenyataan beliau berkaitan Mufti Taqiyy. Wujud juga beberapa video dalam hal ini. AAS adalah seorang tokoh yang saya baru kenali sejak zaman Covid. Beliau sangat kuat membantai golongan Salafi moden dan mengajar fiqh Hanafi dan 'aqiidah Ashaa'irah-Maaturidiyyah.
Saya akhirnya selesai menonton penjelasan AAS dan antara perkara sukar dilupakan yang beliau katakan dalam video berkenaan ialah:
- Beliau pernah berkali-kali diugut untuk dibunuh oleh orang Ikhwan al Muslimin (IM) menyebabkan beliau berpindah rumah 2 kali
- Mufti Taqiyy dan orang kanan beliau selain ISIS terlibat dalam 80% pengeboman di sekitar Pakistan dan jiran-jirannya
- Mufti Taqiyy 'Uthmaaniyy (TU) adalah orang ikhwan dengan pengakuan beliau sendiri
- Orang-orang kanan TU adalah mereka yang mudah melabel bid'ah dan syirik atas perkara-perkara kecil
- Institusi-institusi yang dimiliki TU di Asia Barat rata-rata mengajar Syarah Tahaawiyyah oleh Ibn Abi al 'Izz
- AAS menafikan bahawa beliau dibeli oleh golongan Berelwi dan mengatakan bahawa golongan Berelwi yang baik dengan beliau adalah golongan yang miskin dan beliau pula yang terkadangnya memeberi mereka wang bila mengunjungi tempat mereka
- Ahmad Ridhaa Khaan seorang imam lagi mujaddid
- Sebahagian Berelwi menjadi Syi'ah dan sebahagian Deobandi menjadi Wahabi totok.
- AAS mengatakan bahawa beliau baik dengan Deobandi dan Berelwi yang sederhana
tbc
See insights and ads
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment