WA.
Friday, July 17, 2015
Ahli sihir
Syaikh Wahiid Baali sejak lebih 20 tahun yang lalu telah menyebut
dalam kitabnya yang monumental As Sorim Al Battar, 13 tanda yang
menunjukkan bahawa seseorang itu adalah ahli sihir. Tanda yang pertama
disebut ialah bahawa seseorang itu ketika merawat akan bertanya nama
pesakit serta nama ibu pesakit. Tanda pertama ini terdapat pada ramai
perawat 'Islami' yang menamakan pusat rawatan mereka sebagai Darul X dan
Daarul Y! Ada seorang pesakit ini yang biasa berkunjung ke Daarul X
untuk rawatan sihir memberitahu saya bahawa tujuan bertanya nama ibu
adalah kerana apabila seseorang ditalqinkan selepas mati akan dibinkan
kepada ibu. Masalahnya adalah itu berlaku setelah mati dan riwayat
berkenaan talqin pun ada kemushkilan tapi apakah kepentingannya untuk
seseorang perawat untuk bertanyakan nama ibu jika dia tidak menggunakan
jin? Ini persoalan yang tidak dapat beliau jawab dan saya berharap agar
mereka yang selalu mengunjungi Darul X dan Darul Y bertanya diri sendiri
akan hal ini dan menjauhi para perawat yang melakukan amalan sedemikian
disamping hal-hal yang telah saya kongsikan dahulu berkenaan ahli
sihir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment