Macam-macam
kosnya. Dan macam-macam pula pilihannya yang boleh membuatkan kepala pusing dan
tidur malam kurang lena. Antara perkara yang biasa akan dilakukan demi
kesejahteraan di rumah baru:
1. Cat rumah
dan/atau wallpaper.
Cat kapur (lebih kurang RM36 untuk 7 liter), Dulux (dekat RM 80 untuk 5
liter), Jotun Rm110 hingga RM120 untuk 5 liter serta macam-macam pilihan lain.
Kalau Jotun Majestic True Beauty maka selain daripada senang nak bersihkan
kotoran, maka dia ada ciri antifungal dll. Upah mungkin kosnya sama macam kos
cat tapi ini bergantung kepada siapa yang kita nak upah. Jadi contohnya kalau
kos cat Jotun 20 L ialah RM480 maka upah pun mungkin boleh jadi RM480. Buat
sendiri adalah satu opsyen bagi sebahagian orang. Nak cat satu rumah 2 tingkat
bahagian dalam sahaja kalau sudah ada lapisan pertama cat kapur maka mungkin
boleh mencecah RM5000 hingga ke RM10,000.
Jadi kajilah betul-betul sebelum membuat pilihan.
2. Gril
Kalau duduk Australia tak perlu gril pun cermin-cermin di rumah. Tapi di
Malaysia maka ini sudah tentu hal wajib. Gril paling mahal ialah stainless
steel. Ini sesuai untuk pagar luar rumah kalau mampu. Nombor dua ialah
aluminium dan ketiga ialah wrought iron. Keempat ialah besi biasa. Wrought iron
pun boleh cat biasa atau cat masak. Kalau cat masak maka depa kena panaskan
dalam oven dan katanya lebih tahan dan lambat karat. Nak cat masak kena tambah
beberapa ratus atau ribu. Nak gril seluruh rumah mungkin makan beberapa ribu
hingga berpuluh ribu. Tengok bajet masing-masing tapi yang penting kena pilih orang
yang cerdik jugak buat gril ni. Kalau jenis yang tak cerdik dan atau tak teliti
maka mudah-mudah je la pencuri dan perompak masuk rumah kita. Pasang apa pun
orang boleh masuk tapi isunya ialah cepat atau lambat serta sejauh mana mereka
nak masuk rumah kita. Kalau nak dapatkan quotation maka kita elok ukur saiz
satu kawasan, contohnya 8 x 12 kaki, 4 panel. Ambil gambar sekali lepas tu
Whatsapp atau sms atau jumpa orang yang buat gril. Boleh cari juga di google
dan FB.
3.CCTV
Antara soalan yang ditanya ialah tentang berapa pixel atau megapixel.
Boleh google tentang Analog CCTV AHD 13301\WP4 atau HD-AHD High Resolution
Half-round IR Dome Camera contohnya. Kalau 4 channel maka campur kos wiring
semua ialah dekat RM2500. Warranty setahun. Dia biasanya boleh save rakaman
sebesar sebanyak 1TB. Lepas seminggu dia akan overwrite. Kos elektriknya
mungkin tak mahal kot. Sehari semalam berapa? Skrin TV kena beli lain. Tengok
kemampuan masing-masing.
4. Langsir, blinds
dan seumpamanya
Ini pun pening kalau nak dipilih. Berapa peratus cahaya nak dihalang
masuk? Apa kesannya kepada kepanasan dalam rumah dan lain-lain. Apa beza di
antara langsir bilik dan langsir di dapur? Ini semua juga mungkin boleh
mencecah ribuan ringgit.
5. Kipas, lampu
dan aircon
Nak jenis ada remote ke tidak? Berapa speed? Mana yang lebih sejuk? Satu
lampu downlight yang murah sikit mungkin RM30 atau RM40. Kipas satu mungkin
RM140 hingga RM365 atau lebih. Aircon pun dekat RM1000, RM2000 atau lebih.
Adakah wujud upah pasang berasingan? Waterheater macam mana? Senang nak
mandikan bayi kalau ada. Upah pasang satu lampu mungkin RM5 dan upah untuk
kipas RM30. Ini pun kena survey sebab ada yang betul-betul kapak harganya!
6. Wiring rumah
Ini bergantung kepada pemaju dah pasang siap-siap yang ok atau tidak.
7. Banjirkan bilik
air
Lubang air ditutup dan air dipasang. Ini dilakukan untuk melihat sama
ada terdapat jerapan air ke bahagian bawah rumah atau tidak jika air dibiarkan
bertakung lama. Kalau jerap maka banyaklah masalah yang akan timbul termasuk
soal barang-barang rumah menjadi berkulat dengan cepat.
8. Pasang alarm
Ini biasanya dilakukan selepas gril sudah dipasang agar tahap
sensitifiti alarm boleh ditentukan dari awal.
9. Autogate
Sebahagian orang mungkin mahu menghabiskan duit untuk memasang ini.
Warranty motornya biasanya hanya setahun.
10. Tinting
Kadang-kadanag mungkin ada gunanya bagi sebahagian orang.
11. Built-in
cabinet dan kitchen cabinet
Ini pun satu hal lagi. Berapa ribu nak habis kalau nak pasang. Kabinet
bilik yang sampai ketinggian 8 atau 10 kaki akan mencecah ratusan atau ribuan
ringgit setiap kaki panjang. Tebalnya bagaimana pula? Ini pun satu hal untuk
dikaji!
Sila kongsi pengalaman dan pendapat anda (jika anda tiada konflik
kepentingan).