Q: Salam doc, ingin bertanya sbenarnya majlis pernikahan itu lebih afdal diadakan di mana ye berdasarkan sunnah Nabi SAW?
A: Wsalam. Majoriti Ulama mengatakan bahawa digalakkan dilakukan di
masjid berdasarkan sebuah hadith riwayat Tirmidhi dll yang berbunyi
"Iklanlah majlis perkahwinan dan jadikannya di masjid." Namun status
hadith ini lemah. Terdapat aqad perkahwinan yang dilakukan di masjid pada
zaman Nabi saw sebagaimana dalam hadith riwayat Bukhari namun perkara
ini tidaklah berlaku berulang-ulang. Oleh itu majlis perkahwinan harus
dilakukan di masjid atau di tempat-tempat lain. Pada zaman ini mungkin
lebih baik dilakukan di luar masjid untuk menjaga kehormatan masjid dan
mengelakkan dosa berganda. Majlis-majlis perkahwinan pada masa kini
banyak yang melibatkan bercampur lelaki dan perempuan, wanita tidak
menutup aurat dan suasana yang menggangggu orang beribadat dan
sebagainya. Jadi bagi saya lebih baik dilakukan di rumah atau selainnya
kecuali jika suasana dapat dikawal menurut shariat. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment