Esok mereka menyambut Good Friday. Cuti berterusan sehingga Easter Monday.
http://en.wikipedia.org/wiki/Easter_Monday
Wednesday, March 27, 2013
Monday, March 25, 2013
Majlis Perkahwinan Di Masjid?
Q: Salam doc, ingin bertanya sbenarnya majlis pernikahan itu lebih afdal diadakan di mana ye berdasarkan sunnah Nabi SAW?
A: Wsalam. Majoriti Ulama mengatakan bahawa digalakkan dilakukan di masjid berdasarkan sebuah hadith riwayat Tirmidhi dll yang berbunyi "Iklanlah majlis perkahwinan dan jadikannya di masjid." Namun status hadith ini lemah. Terdapat aqad perkahwinan yang dilakukan di masjid pada zaman Nabi saw sebagaimana dalam hadith riwayat Bukhari namun perkara ini tidaklah berlaku berulang-ulang. Oleh itu majlis perkahwinan harus dilakukan di masjid atau di tempat-tempat lain. Pada zaman ini mungkin lebih baik dilakukan di luar masjid untuk menjaga kehormatan masjid dan mengelakkan dosa berganda. Majlis-majlis perkahwinan pada masa kini banyak yang melibatkan bercampur lelaki dan perempuan, wanita tidak menutup aurat dan suasana yang menggangggu orang beribadat dan sebagainya. Jadi bagi saya lebih baik dilakukan di rumah atau selainnya kecuali jika suasana dapat dikawal menurut shariat. Wallahua'lam.

Istidraj
Nikmat yg tak mendekatkan manusia kepada Allah
adalah istidraj. Dan istidraj itu permulaannya ialah dengan berpaling
dari kebaikan dan penghujungnya ialah sibuk dengan kejahatan. (At
Torifi)
Berapa Banyak Masa Untuk Bacaan Setiap Hari? (At Torifi)
10 hingga 15 jam sehari di antara membaca dan menulis. Itulah jumlah masa harian yang diluangkan oleh Syaikh At Torifi untuk 2 aktiviti penting dalam menuntut ilmu. Kita pula bagaimana??
Subscribe to:
Posts (Atom)