Friday, July 21, 2017
Khutbah Jumaat
Ramai ustaz-ustaz yang bersungut di FB harini
tentang kualiti khutbah di tempat masing-masing. Duduk di Australia dulu
saya selalu rasa rugi kalau terlepas khutbah Jumaat. Di Malaysia
rasanya payah nak cari tempat yang kita rasa menyesal tak dengar
khutbahnya. Ini antara ironi tinggal di negara Islam berbanding tinggal
di Barat.
Monday, December 21, 2015
Nak masuk rumah baru?
Macam-macam
kosnya. Dan macam-macam pula pilihannya yang boleh membuatkan kepala pusing dan
tidur malam kurang lena. Antara perkara yang biasa akan dilakukan demi
kesejahteraan di rumah baru:
1. Cat rumah
dan/atau wallpaper.
Cat kapur (lebih kurang RM36 untuk 7 liter), Dulux (dekat RM 80 untuk 5
liter), Jotun Rm110 hingga RM120 untuk 5 liter serta macam-macam pilihan lain.
Kalau Jotun Majestic True Beauty maka selain daripada senang nak bersihkan
kotoran, maka dia ada ciri antifungal dll. Upah mungkin kosnya sama macam kos
cat tapi ini bergantung kepada siapa yang kita nak upah. Jadi contohnya kalau
kos cat Jotun 20 L ialah RM480 maka upah pun mungkin boleh jadi RM480. Buat
sendiri adalah satu opsyen bagi sebahagian orang. Nak cat satu rumah 2 tingkat
bahagian dalam sahaja kalau sudah ada lapisan pertama cat kapur maka mungkin
boleh mencecah RM5000 hingga ke RM10,000.
Jadi kajilah betul-betul sebelum membuat pilihan.
2. Gril
Kalau duduk Australia tak perlu gril pun cermin-cermin di rumah. Tapi di
Malaysia maka ini sudah tentu hal wajib. Gril paling mahal ialah stainless
steel. Ini sesuai untuk pagar luar rumah kalau mampu. Nombor dua ialah
aluminium dan ketiga ialah wrought iron. Keempat ialah besi biasa. Wrought iron
pun boleh cat biasa atau cat masak. Kalau cat masak maka depa kena panaskan
dalam oven dan katanya lebih tahan dan lambat karat. Nak cat masak kena tambah
beberapa ratus atau ribu. Nak gril seluruh rumah mungkin makan beberapa ribu
hingga berpuluh ribu. Tengok bajet masing-masing tapi yang penting kena pilih orang
yang cerdik jugak buat gril ni. Kalau jenis yang tak cerdik dan atau tak teliti
maka mudah-mudah je la pencuri dan perompak masuk rumah kita. Pasang apa pun
orang boleh masuk tapi isunya ialah cepat atau lambat serta sejauh mana mereka
nak masuk rumah kita. Kalau nak dapatkan quotation maka kita elok ukur saiz
satu kawasan, contohnya 8 x 12 kaki, 4 panel. Ambil gambar sekali lepas tu
Whatsapp atau sms atau jumpa orang yang buat gril. Boleh cari juga di google
dan FB.
3.CCTV
Antara soalan yang ditanya ialah tentang berapa pixel atau megapixel.
Boleh google tentang Analog CCTV AHD 13301\WP4 atau HD-AHD High Resolution
Half-round IR Dome Camera contohnya. Kalau 4 channel maka campur kos wiring
semua ialah dekat RM2500. Warranty setahun. Dia biasanya boleh save rakaman
sebesar sebanyak 1TB. Lepas seminggu dia akan overwrite. Kos elektriknya
mungkin tak mahal kot. Sehari semalam berapa? Skrin TV kena beli lain. Tengok
kemampuan masing-masing.
4. Langsir, blinds
dan seumpamanya
Ini pun pening kalau nak dipilih. Berapa peratus cahaya nak dihalang
masuk? Apa kesannya kepada kepanasan dalam rumah dan lain-lain. Apa beza di
antara langsir bilik dan langsir di dapur? Ini semua juga mungkin boleh
mencecah ribuan ringgit.
5. Kipas, lampu
dan aircon
Nak jenis ada remote ke tidak? Berapa speed? Mana yang lebih sejuk? Satu
lampu downlight yang murah sikit mungkin RM30 atau RM40. Kipas satu mungkin
RM140 hingga RM365 atau lebih. Aircon pun dekat RM1000, RM2000 atau lebih.
Adakah wujud upah pasang berasingan? Waterheater macam mana? Senang nak
mandikan bayi kalau ada. Upah pasang satu lampu mungkin RM5 dan upah untuk
kipas RM30. Ini pun kena survey sebab ada yang betul-betul kapak harganya!
6. Wiring rumah
Ini bergantung kepada pemaju dah pasang siap-siap yang ok atau tidak.
7. Banjirkan bilik
air
Lubang air ditutup dan air dipasang. Ini dilakukan untuk melihat sama
ada terdapat jerapan air ke bahagian bawah rumah atau tidak jika air dibiarkan
bertakung lama. Kalau jerap maka banyaklah masalah yang akan timbul termasuk
soal barang-barang rumah menjadi berkulat dengan cepat.
8. Pasang alarm
Ini biasanya dilakukan selepas gril sudah dipasang agar tahap
sensitifiti alarm boleh ditentukan dari awal.
9. Autogate
Sebahagian orang mungkin mahu menghabiskan duit untuk memasang ini.
Warranty motornya biasanya hanya setahun.
10. Tinting
Kadang-kadanag mungkin ada gunanya bagi sebahagian orang.
11. Built-in
cabinet dan kitchen cabinet
Ini pun satu hal lagi. Berapa ribu nak habis kalau nak pasang. Kabinet
bilik yang sampai ketinggian 8 atau 10 kaki akan mencecah ratusan atau ribuan
ringgit setiap kaki panjang. Tebalnya bagaimana pula? Ini pun satu hal untuk
dikaji!
Sila kongsi pengalaman dan pendapat anda (jika anda tiada konflik
kepentingan).
Friday, July 31, 2015
Daun bidara vs garam vs limau nipis vs kayu kemuning vs kayu koka
Oleh kerana banyak juga unsur pengalaman dalam merawat isu berkaitan jin dan seumpamanya maka terdapat kepelbagaian dan variasi luas dalam penggunaan ramuan dan bahan-bahan tambahan disamping bacaan ruqyah. Daun bidara, garam, limau nipis, kayu kemuning dan kayu koka adalah antara sebahagian bahan yang digunakan ramai peruqyah di Malaysia.
Daun bidara
- Tiada dalil dari Al Quran dan As Sunnah menunjukkan bahawa daun ini berkesan dalam menghalau jin namun terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : percuma atau murah
Garam
-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa garam berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin. Sebahagian Ulama membolehkannya untuk direnjis berdasarkan pengalaman dan sebahagiannya membid'ahkan amalan ini.
- Harga : percuma atau murah
Limau nipis
-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa limau nipis berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : percuma atau murah
Kayu koka
-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa kayu ini berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin. Asal-usul dan dakwaan berkaitan kayu ini penuh dengan pelbagai dakwaan meragukan.
- Harga : beberapa puluh hingga ratus ringgit
Kayu kemuning
-Tiada dalil dari Al Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa kayu ini berkesan dalam menghalau jin dan tidak terdapat petunjuk dari kaum Salaf dalam penggunaannya untuk menjauhkan jin.
- Harga : beberapa puluh hingga ribu ringgit
Oleh kerana daun bidara sahaja yang mempunyai sedikit sandaran dan kosnya sangat murah untuk didapati maka kebanyakan peruqyah shar'iyyah memilih daun ini untuk rawatan.
Sila tambah/kritik...
Friday, July 17, 2015
Perawat dengan ruqyah
Ada beberapa orang perawat di Malaysia yang mengatakan bahawa mereka
pernah berguru dengan Syaikh Wahiid Baali semasa di Mesir. Bagaimanakah
bentuk perguruan mereka saya tidak pasti. Adakah mereka:
a) Meluangkan 2-3 hari bersama syaikh?
b) Meluangkan masa menghadiri kuliah syaikh selama sebulan atau dua?
c) Menghabiskan masa selama setahun atau bertahun-tahun dengan syaikh?
a) Meluangkan 2-3 hari bersama syaikh?
b) Meluangkan masa menghadiri kuliah syaikh selama sebulan atau dua?
c) Menghabiskan masa selama setahun atau bertahun-tahun dengan syaikh?
Saya rasa yang benar ialah (a) atau (b) berkaitan mereka ini. Ada salah
seorang di antara mereka yang sangat terkenal dan banyak mucul di TV.
Setakat sejam menghabiskan masa menonton kuliah-kuliah dan
tulisan-tulisan mereka maka boleh dikatakan bahawa apa yang mereka kata
adalah cocok dengan apa yang ditulis oleh Syaikh melainkan dalam 2
perkara. Yang pertama ialah bila dalam bab menghuraikan tentang tanda
ahli sihir maka ustaz ini membuang tanda ahli sihir yang pertama iaitu
bertanya nama dan nama ibunya. Mengapa ini dibuang? WAllahua'lam. Yang
keduanya ialah ustaz ini menggalakkan orang yang mahu merawat agar
menyertai berbai'ah menyertai tariqat yang 'betul'. Ini juga tidak
mungkin dapat dibayangkan untuk keluar dari mulut syaikh yang merupakan
seorang Salafi yang sama sekali bukan pro tariqat kesufian. 2 perkara
inilah yang menimbulkan persoalan dalam kepala berkaitan ustaz ini sejak
beberapa hari ini.
Ditindih oleh....?
Salah suatu fenomena yang sering dibincangkan di asrama zaman saya
sekolah menengah dulu ialah fenomena ditindih atau dihempap. Biasanya
ramai kawan-kawan yang mengadu dihempap di asrama sekolah bila mereka
tertidur. Adapun saya maka saya hanya pernah merasa dihempap manusia
zaman itu. Beberapa tahun lepas barulah saya merasa kali pertama
ditindih dalam hidup saya.
Dalam psychiatry maka keadaan ini disebut sebagai sleep paralysis. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit migraine, obstructive sleep apnoea dan beberapa keadaan lain. Jika keadaan ini berlaku semasa hendak tidur maka dipanggil hypnagogia dan jika sebelum bangun dari tidur maka di panggil hypnapomp. Terdapat pelbagai teori dari saintis tentang mengapa fenomena ini berlaku.
Dalam psychiatry maka keadaan ini disebut sebagai sleep paralysis. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit migraine, obstructive sleep apnoea dan beberapa keadaan lain. Jika keadaan ini berlaku semasa hendak tidur maka dipanggil hypnagogia dan jika sebelum bangun dari tidur maka di panggil hypnapomp. Terdapat pelbagai teori dari saintis tentang mengapa fenomena ini berlaku.
Saya bertanya ustaz tentang apa yang mahu dibuat jika berada dalam
keadaan ini. Beliau mengatakan bahawa saya perlu menggenggam tangan dan
meniatkan mencederakan atau membunuh jin berkenaan. Oleh kerana mulut
kita terasa tak dapat bergerak maka bacalah ayat kursi di dalam hati.
Kemudian lama kelamaan kita akan dapat membaca ayat kursi dan perasaan
ditindih itu akan hilang.
Fenomena ini adalah sesuatu yang sering jin cuba lakukan kepada para peruqyah menurut ustaz. Maka kita perlu ada bacaan pendinding berbentuk zikir di samping tidak tidur seorang diri selepas meruqyah.
p/s:
Lihat juga tentang incubus
Fenomena ini adalah sesuatu yang sering jin cuba lakukan kepada para peruqyah menurut ustaz. Maka kita perlu ada bacaan pendinding berbentuk zikir di samping tidak tidur seorang diri selepas meruqyah.
p/s:
Lihat juga tentang incubus
Lagu dan muzik di radio dll
Saya tidak mahu terjun ke dalam perdebatan tentang hukum alat-alat muzik dan seumpamanya. Saya juga tidak mahu berbicara tentang kalam Ulama silam dalam buku-buku fiqh yang menganggap bahawa haram menjual alat muzik. Namun secara umumnya jika kita tidak mahu meninggalkan mendengar muzik maka kita perlu meminimakannya. Kita perlu buat apa sahaja yang terdaya untuk mengurangkan mendengar muzik. Ramai orang sekarang yang siang malam pagi petang mendengar muzik. Pagi-pagi buta lagi muzik menjadi alarm clock mereka dan penutup kehidupan mereka! Maka tidak hairanlah mereka berasa sangat susah untuk melakukan ketaatan yang BASIC kepada Allah seperti solat dalam waktu, berzikir dll. Mendengar muzik yang banyak dipasang di radio dll banyak yang sama ada menghancurkan 'aqidah kita atau melemahkannya. Antara lagu kegemaran sebahagian muda-mudi kita yang sangat berbahaya kepada 'aqidah ialah lagu One Of Us nyanyian Joan Osborne. Tak mungkin lagu ini boleh menjadi zikir pagi dan petang seseorang seperti yang biasa saya saksikan di negara kita jika seseorang itu mempunyai tauhid yang utuh kepada Allah! Jika tidak menghancurkan aqidah pun banyak lagu-lagu yang mengajak kita secara kasar dan halus memuja dosa. Disuruh kita melakukan zina, bergaul bebas dan lain-lain lagi. Laungan-laungan seperti ini apabila disebut pagi dan petang maka sudah tentu akan merosakkan aqidah kita secara perlahan-lahan apabila perkara haram kita anggap ok dan dosa-dosa besar kita pandang enteng. Moga Allah selamatkan kita dari tipudaya iblis dan bala tenteranya!
Ruqyah I
Jika peruqyah itu boleh dikategorikan maka saya termasuk dalam
kategori peruqyah amatur yang tidak meruqyah selain diri sendiri dan
anak. Namun ini berubah sedikit apabila saya tinggal di Australia.
Semasa di Australia saya sering diminta meruqyah beberapa wanita dari
Somalia. Rasanya ini mungkin berlaku kerana di Somalia, guru Al Qur'an
itu dianggap sebagai peruqyah jua. Biasanya apabila ditimpa sakit
(fizikal) maka wanita ini akan datang duduk semeter dari saya dalam
keadaan membelakangi saya lalu saya dan
5-6 orang anak wanita ini akan beramai-ramai meruqyah wanita berkenaan.
Selepas meruqyah selama beberapa minit maka mereka akan beramai-ramai
meludah (tanpa air liur) wanita tersebut. Suasana ini bagi saya agak
unik dan tidak biasa saya lihat di Malaysia.
Setelah beberapa tahun meruqyah secara amatur saya mempelajari beberapa
perkara berkenaan ruqyah yang tidak saya sedari pada peringkat awal
saya melakukan ruqyah.
1. Adalah penting untuk kita membaca dengan niat mahu menyembuhkan. Tidak cukup dengan sekadar membaca Al Qur'an secara gitu-gitu kepada pesakit/anak/isteri dll tanpa niat yang jitu dan fokus kepada penyakit/masalah berkenaan. Sudah tentu ini perlu diiringi perasaan berharap kepada Allah dan lain2.
2. Adalah lebih bagus jika ruqyah itu dibaca kuat dan tidak sekadar kumat-kamit semata-mata walaupun tidak terdapat dalil direct dalam soal ini setahu saya tapi ia dibuktikan oleh pengalaman/tajribah Ulama.
3. Ruqyah kadang-kadang perlu dibaca 10 hingga 40 minit atau lebih dan tak cukup dengan sekadar membaca 2-3 minit dalam banyak kes.
4. Ruqyah perlu diulang berhari-hari, berminggu-minggu dan lebih terkadangnya. Kita perlu sentiasa yakin dan bersemangat untuk meruqyah dan tidak boleh cepat berputus asa apabila 'gagal' membawa kesembuhan.
Sila tambah/kritik dll...
1. Adalah penting untuk kita membaca dengan niat mahu menyembuhkan. Tidak cukup dengan sekadar membaca Al Qur'an secara gitu-gitu kepada pesakit/anak/isteri dll tanpa niat yang jitu dan fokus kepada penyakit/masalah berkenaan. Sudah tentu ini perlu diiringi perasaan berharap kepada Allah dan lain2.
2. Adalah lebih bagus jika ruqyah itu dibaca kuat dan tidak sekadar kumat-kamit semata-mata walaupun tidak terdapat dalil direct dalam soal ini setahu saya tapi ia dibuktikan oleh pengalaman/tajribah Ulama.
3. Ruqyah kadang-kadang perlu dibaca 10 hingga 40 minit atau lebih dan tak cukup dengan sekadar membaca 2-3 minit dalam banyak kes.
4. Ruqyah perlu diulang berhari-hari, berminggu-minggu dan lebih terkadangnya. Kita perlu sentiasa yakin dan bersemangat untuk meruqyah dan tidak boleh cepat berputus asa apabila 'gagal' membawa kesembuhan.
Sila tambah/kritik dll...
Subscribe to:
Posts (Atom)