Sunday, July 15, 2012
Perjalanan Musim Sejuk 2012 : Bahagian I
Adelaide -> Renmark -> Hay --> Sydney --> Canberra -> Kosciuszko National Park -> Melbourne--> 12 Apostles --> Mount Gambier --> Adelaide
Terlalu banyak hendak diceritakan tapi rasanya sebahagian kisah akan disebut sedikit demi sedikit di blog ini. Rasanya saya mungkin perlu membuat satu kuliah khas berkaitan Fiqh Winter Trip yang merangkumi tajuk-tajuk di bawah:
a) Hukum Jama' dan Qasar
b) Hukum-hakam Sutrah
c) Solat Sunat Di Atas Kenderaan
d) Doa menaiki kenderaan yang sunnah
e) Doa perjalanan yang sunnah
f) Hukum-hakam menyapu khuf dan stokin
g) Bolehkah bertayammum bila air sejuk?
h) Zikir Pagi dan Petang Yang Sunnah
i) Bacaan Nabi saw Sebelum Makan
Sunday, July 1, 2012
Nikmat Matahari
Hendak bersyukur nikmat kepanasan matahari, tunggulah musim sejuk. Bila hampir setiap hari hujan, suhu mencecah 3 darjah Celcius, baju tak dapat dibasuh dan jika dibasuh pun lambat kering barulah terasa kehilangan nikmat panas. Nak turun bersukan dan main bola pun malas kerana takut basah dan kotor. 'Ala kulli haal, tahniah kepada SBFC kerana berjaya membelasah pasukan Westminster 6-0.
Friday, June 29, 2012
Orang Yang Bermusuh
Khutbah hari ini di Masjid Al Khalil disampaikan oleh Imam Amin. Isunya tentang memaafkan orang lain serta tidak bermusuh sebelum malam nisfu Sha'baan Dihuraikan juga tentang isu hajr atau memboikot kerana isu agama dan kerana dunia. Hadith di bawah juga dibawa:
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُعَافَى الْعَابِدُ بِصَيْدَا، وَابْنُ قُتَيْبَةَ وَغَيْرُهُ، قَالُوا: حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْرَقُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو خُلَيْدٍ عُتْبَةُ بْنُ حَمَّادٍ، عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، وَابْنِ ثَوْبَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ يُخَامِرَ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «يَطْلُعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ»
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang berbuat syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al Ahaadith as Sahihah).
Sunday, June 24, 2012
Bersilat Dengan Raudhah An Naazhir
Ya Allah, kau mudahkanlah kami memahami karangan para Ulama Islam seperti karya Ibn Qudaamah ini.
Thursday, June 21, 2012
Tuesday, June 19, 2012
1433
Sudah 29 Rajab 1433H rupanya. Jika anda tidak biasa mengkhatamkan Al Qur'aan pada setiap bulan Ramadhaan maka apakah langkah yang telah anda ambil supaya ini tidak berulang? Sudah menghadiri kelas-kelas bacaan Al Qur'aan dan seumpamanya untuk memperelokkan bacaan? Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak terbang melayang. Perlu usaha.
Monday, June 4, 2012
Permulaan Musim Sejuk
Subscribe to:
Posts (Atom)