Monday, January 30, 2012

Hujan akhirnya

Alhamdulillah. Shukur. Akhirnya setelah berhari-hari kepanasan hujan pun akhirnya turun. Malam semalam kelihatan hujan juga di Melbourne menyebabkan stadium terpaksa ditutup bumbungnya ketika perlawanan antara pemain nombor satu dunia dan pemain nombor dua dunia. Pemain yang lebih saya minati permainannya iaitu Roger Federer tidak berjaya masuk final. Namun perlawanan semalam begitu sengit dan memenatkan hatta bagi penonton di rumah. Kita juga perlu semangat juang setelah jatuh yang mengatasi semangat dan ketabahan Novak dan Rafa. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya tak bermain tenis...

Nak pegi sekolah diddy

Demikian jeritan anak pagi-pagi lagi. Begitu bersemangat mahu ke tadika. Semoga semangat itu berterusan hinggalah ke universiti.

Wednesday, January 18, 2012

Pertengahan Musim Panas


















Bandingkan dengan gambar sama pada musim sejuk Setakat ni paling panas 41 darjah. Ada bayang-bayang kepanasan Makkah. Memang bila terasa bahang matahari teringat kadang-kadang suasana di Makkah dan Madinah. Entah bila lagi akan berpeluang ke sana?

Wednesday, December 14, 2011

Mana Milik Kita?


Dendangan yang membetulkan perspektif kita:

Mana Milik Kita

Duit kita bukan kita punya. Tangan kita bukan kita punya. Rumah kita bukan kita punya. Anak bini kita bukan kepunyaan kita. Blog kita bukan kita punya. Forum kita bukan kita punya. Semuanya milik Dia. Dah tu buat apa mahu tension-tension kalau pemilik segalanya ambil sesuatu dari kita padahal itu bukan kita punya?





Monday, December 5, 2011

Puasa 'Ashura

Hari ini 6 Disember 2011 bersamaan 10 Muharram 1433H di sini. Subuh pukul 4:10 pagi. Maghrib pukul 8:18 malam. Lebih 16 jam berpuasa bagi mereka yang berpuasa di sini hari ini! Semoga Allah menerima puasa seluruh kaum Muslimin.


Acara Solat Eid Di Sini


Solat di padang yang dianjurkan oleh dua pihak di dua tempat berbeza di sini.

Thursday, October 27, 2011

China Blue

Itulah tajuk dokumentari yang saya tonton semalam. Bekerja 15 jam sehari selama 7 hari seminggu dan dibayar RM150 sahaja sebulan. Demikianlah cara syarikat-syarikat besar dunia memerah keringat rakyat China. Tontonlah dokumentari ini jika anda belum menontonnya. Carilah di Youtube atau belilah di internet. Tayangkan bersama ahli keluarga yang lain atau bersama anak-anak murid di sekolah dan universiti. Semoga beroleh insight!