Friday, June 17, 2011
2000 dollar dari Pain Society
2 daripada 3 anugerah yang ditawarkan iaitu berkaitan free paper award dan best poster dimenangi rakan-rakan seperjuangan dari Adelaide. Mereka senior setahun dari saya dari segi pengalaman research namun hampir 10 tahun lebih muda dari segi usia. Memang seronok melihat orang-orang yang ditemui setiap hari memenangi anugerah namun mungkin jauh lebih menyeronokkan kalau diri sendiri yang menang. Doa-doakanlah saya dapat masuk dan menang tahun depan.
Mengunjungi Masjid di Darwin
Menaiki bas di sini adalah percuma untuk para pelajar. Saya pun mengambil kesempatan menuju masjid untuk solat dan berinteraksi dengan orang Islam di sini.
Ummat Islam di sini memang tak sampai 600 orang. Imam terbaru dari Bangladesh dan lulusan Al Azhar. Antara tulisan yang menggamit perhatian di masjid berkenaan ialah tentang dua orang Islam yang berkahwin dengan wanita Kristian dan semua anak-anak beliau menjadi Kristian. Tak pasti sejauh mana usaha ayah mereka untuk memandu mereka ke arah Islam.

CD Program Pain Society
Boleh dibeli dari Pain
Paling murah 65 dollar dan kalau semua sekali lebih kurang 220 dollar. Nak convert ke duit Malaysia kalilah 3.3. Ia relevan untuk para GP, pakar anesthesiologi dan ahli sains yang mahu faham isu kesakitan.

Sunday, June 12, 2011
Crocosaurus Cove
Menarik tempat ni. Begitu banyak maklumat tentang buaya boleh didapati di sini yang tidak kita ketahui di Malaysia. Boleh berenang bersama buaya, memberi makan buaya dan macam-macam lagi. Croc
OIC
Sedang membaca satu tulisan dalam bahasa Arab. Puas saya cuba mencungkil asal kalimah berkenaan. Akhirnya baru kutahu.
برمنجهام
Birmingham rupanya! Baca bahasa Arab pun kena 'think out of the box' rupanya.

Ke Darwin
Setelah begitu lama tidak bergerak lebih dari 30 km dari tempat kediaman akhirnya saya berpeluang berjalan-jalan sambil menambah ilmu di Darwin. Bukan ilmu agama tetapi ilmu sains. Saya menghadiri program anjuran Australian Pain Society. Bukan sebagai penyampai tetapi sebagai pendengar.
Menaiki pesawat syarikat Jetstar memberi perspektif berbeza tentang menaiki kapal terbang. Sungguh tidak selesa perjalanan yang ditempoh selama 3 jam. 10.10 pm dari Adelaide dan tiba pada pukul 0140 pagi. Begitu banyak turbulence dalam perjalanan dan perasaan cuak memang selalu datang. Orang sebelah asik meminum arak. Dia pun cuak jugak kot. Perbualan dia dengan orang sebelah memberi gambaran bahawa dia memiliki rekod jenayah dan pernah dijatuhkan hukuman tertentu oleh mahkamah. Kalau di Malaysia agak sukar kita menaiki kapal terbang bersama dengan orang yang agak pelik dan kasar perangainya tapi di sini golongan bawahan yang sangat bermasalah juga menaiki kapal terbang. Naik kapal terbang bagi orang di sini bagaikan menaiki bas.
Oleh kerana sudah banyak meminum arak, pramugari di dalam kapal terbang mengatakan bahawa dia hanya boleh memesan arak selepas 35 minit. Dia meminta saya memesankan arak untuk dia. 'Tidak,' kata saya kepadanya.
Pramugari di dalam pesawat ini tidak berpakaian ketat dan sendat seperti dengan MAS. Ada yang berbadan gempal dan memakai seluar seperti jururawat. Seksi bukan suatu ketetapan berpakaian bagi syarikat ini mungkin.
Selepas beberapa jam tidur di hotel saya pun pergi mencari tempat makan halal. Nandos di sini rupanya halal sepenuhnya. Kalau di Adelaide kita perlu sebut nak halal dan baru dia taip dalam sistem. Di sini mudah, tak dibeza-bezakan kerana semuanya halal.
27 darjah Celsius. Memang lega setelah berminggu-minggu mengharungi kedinginan musim luruh dan sejuk akhirnya dapat menikmati panas mentari.

Thursday, June 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)