Friday, June 29, 2012
Orang Yang Bermusuh
Khutbah hari ini di Masjid Al Khalil disampaikan oleh Imam Amin. Isunya tentang memaafkan orang lain serta tidak bermusuh sebelum malam nisfu Sha'baan Dihuraikan juga tentang isu hajr atau memboikot kerana isu agama dan kerana dunia. Hadith di bawah juga dibawa:
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُعَافَى الْعَابِدُ بِصَيْدَا، وَابْنُ قُتَيْبَةَ وَغَيْرُهُ، قَالُوا: حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْرَقُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو خُلَيْدٍ عُتْبَةُ بْنُ حَمَّادٍ، عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، وَابْنِ ثَوْبَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ يُخَامِرَ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «يَطْلُعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ»
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang berbuat syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al Ahaadith as Sahihah).
Sunday, June 24, 2012
Bersilat Dengan Raudhah An Naazhir
Ya Allah, kau mudahkanlah kami memahami karangan para Ulama Islam seperti karya Ibn Qudaamah ini.
Thursday, June 21, 2012
Tuesday, June 19, 2012
1433
Sudah 29 Rajab 1433H rupanya. Jika anda tidak biasa mengkhatamkan Al Qur'aan pada setiap bulan Ramadhaan maka apakah langkah yang telah anda ambil supaya ini tidak berulang? Sudah menghadiri kelas-kelas bacaan Al Qur'aan dan seumpamanya untuk memperelokkan bacaan? Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak terbang melayang. Perlu usaha.
Monday, June 4, 2012
Permulaan Musim Sejuk
Subscribe to:
Posts (Atom)