Wednesday, December 14, 2011
Mana Milik Kita?
Dendangan yang membetulkan perspektif kita:
Mana Milik Kita
Duit kita bukan kita punya. Tangan kita bukan kita punya. Rumah kita bukan kita punya. Anak bini kita bukan kepunyaan kita. Blog kita bukan kita punya. Forum kita bukan kita punya. Semuanya milik Dia. Dah tu buat apa mahu tension-tension kalau pemilik segalanya ambil sesuatu dari kita padahal itu bukan kita punya?
Monday, December 5, 2011
Puasa 'Ashura
Hari ini 6 Disember 2011 bersamaan 10 Muharram 1433H di sini. Subuh pukul 4:10 pagi. Maghrib pukul 8:18 malam. Lebih 16 jam berpuasa bagi mereka yang berpuasa di sini hari ini! Semoga Allah menerima puasa seluruh kaum Muslimin.
Thursday, October 27, 2011
China Blue
Itulah tajuk dokumentari yang saya tonton semalam. Bekerja 15 jam sehari selama 7 hari seminggu dan dibayar RM150 sahaja sebulan. Demikianlah cara syarikat-syarikat besar dunia memerah keringat rakyat China. Tontonlah dokumentari ini jika anda belum menontonnya. Carilah di Youtube atau belilah di internet. Tayangkan bersama ahli keluarga yang lain atau bersama anak-anak murid di sekolah dan universiti. Semoga beroleh insight!
Thursday, September 22, 2011
Pemergian Seseorang Yang Berani
Saya agak terkejut apabila terbaca bahawa Ustaz Ghazali Hasbullah sudah pulang menemui Tuhannya. Semasa tahun 90an saya sering mengikuti kuliah mingguan beliau di sebuah surau di Jalan Yadi, Klang. Ketika itu beliau mengajar kitab 'Aqeedatun Najiin. Suatu kuliah beliau yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika beliau membaca kisah Imam Ahmad bin Hanbal yang disiksa kerana mempertahankan 'aqeedahnya. Terlalu banyak pendapat beliau yang tidak saya setujui dari dulu hinggalah sekarang. Namun begitu tiada siapa yang boleh menafikan beberapa sifat terpuji yang ada pada beliau. Didoakan agar Allah mengampunkannya dan meluaskan kuburnya.
Tuesday, September 20, 2011
Windows 7
Alhamdulillah. Setelah setahun DVD Windows 7 yang original disimpan hingga berabuk di rumah akhirnya saya berjaya upgrade sistem di rumah dari Vista ke 7. Setakat ini ok. Bukan susah rupanya. 4-5 jam sahaja. Pelajaran berharga juga diperolehi tentang jenis-jenis DVD player yang ada. Ada yang + dan ada yang - rupanya. Kenapalah masa beli dulu tak ada siapa yang nak habaq pasai nih?
Tuesday, September 13, 2011
Indeks demokrasi sesebuah negara
Menarik melihat kedudukan Malaysia berbanding negara-negara jiran. Demo
Friday, September 9, 2011
Hamba Semasa Ramadhan Semata
Agak ketara rupanya perbezaan jumlah orang yang bersolat pada bulan Ramadhan dan pada bulan-bulan selepasnya. Semasa Ramadhan musolla di bangunan Eleanor Harrald selalu sesak dan saya seringkali terpaksa menunggu di luar untuk solat. Maklumlah musolla ini untuk lelaki dan perempuan dan kecil pula saiznya. Selepas Ramadhan musolla ini kembali sunyi. Muka-muka lama juga yang kelihatan solat di sini. Beberapa orang doktor pakar dan seorang intern. Seorang dari Indonesia, seorang dari India, seorang dari Bangladesh, seorang Ibaadhiyy dari Oman dan beberapa orang dari Malaysia.
Thursday, August 18, 2011
Update CV
Ada orang meminta CV. CV yang ada sudah agak lapok. Waduh waduh memang ini suatu perkara yang tidak kusukai. Ada yang berkata bahawa adalah budaya golongan berjaya untuk mengupdate CV mereka setiap minggu. Bilakah diri ini boleh masuk dalam kelompok itu?
Thursday, July 7, 2011
Animasi dengan Pivot
Semasa berada di sebuah sekolah di sini baru-baru ini ternampak seorang budak menggunakan software ini. Menarik rupanya untuk anak-anak. Pivot
Thursday, June 30, 2011
Go back to where you come from
Dokumentari 4 episod yang sangat menarik tentang pelarian dan nasib mereka di beberapa negara termasuk Malaysia.
Balik.
Balik.
Wednesday, June 29, 2011
Cara moden menyembelih binatang
Dari Wiki:
The slaughterhouse process differs by species and region and may be controlled by civil law as well as religious laws such as Kosher and Halal laws. A typical procedure follows:
The slaughterhouse process differs by species and region and may be controlled by civil law as well as religious laws such as Kosher and Halal laws. A typical procedure follows:
- Cattle (mostly steers and heifers, some cows, and even fewer bulls) are received by truck or rail from a ranch, farm, or feedlot.
- Cattle are herded into holding pens.
- Cattle are rendered unconscious by applying an electric shock of 300 volts and 2 amps to the back of the head, effectively stunning the animal,[6] or by use of a captive bolt pistol to the front of the cow's head (a pneumatic or cartridge-fired captive bolt). Swine can be rendered unconscious by CO2/inert gas stunning. (This step is prohibited under strict application of Halal and Kashrut codes.)
- Animals are hung upside down by both of their hind legs on the processing line.
- The carotid artery and jugular vein are severed with a knife, blood drains, causing death through exsanguination.
- The head is removed, as well as front and rear feet. Prior to hide removal, care is taken to cut around the digestive tract to prevent fecal contamination later in the process.
- The hide/skin is removed by down pullers, side pullers and fisting off the pelt (sheep and goats). Hides can also be removed by laying the carcase on a cradle and skinning with a knife.
- The internal organs are removed and inspected for internal parasites and signs of disease. The viscera are separated for inspection from the heart and lungs, referred to as the "pluck." Livers are separated for inspection, tongues are dropped or removed from the head, and the head is sent down the line on the head hooks or head racks for inspection of the lymph nodes for signs of systemic disease.
- The carcase is inspected by a government inspector for safety. (This inspection is performed by the Food Safety Inspection Service in the U.S., and Canadian Food Inspection Agency in Canada.)
- Carcases are subjected to intervention to reduce levels of bacteria. Common interventions are steam, hot water, and organic acids.
- Carcases (typically cattle and sheep only) can be electrically stimulated to improve meat tenderness.
- Carcases are chilled to prevent the growth of microorganisms and to reduce meat deterioration while the meat awaits distribution.
- The chilled carcase is broken down into primal cuts and subprimals for boxed meat unless customer specifies for intact sides of meat. Beef and horse carcases are always split in half and then quartered, pork is split into sides only and goat/veal/mutton and lamb is left whole
- The remaining carcase may be further processed to extract any residual traces of meat, usually termed advanced meat recovery or mechanically separated meat, which may be used for human or animal consumption.
- Waste materials such as bone, lard or tallow, are sent to a rendering plant. Also, lard and tallow can be used for the production of biodiesel or heating oil.
- The wastewater, consisting of blood and fecal matter, generated by the slaughtering process is sent to a waste water treatment plant.
- The meat is transported to distribution centers that then distribute to retail markets.
Monday, June 27, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Firefox 5.0 Pula Menjelma
Tak pasti masalah dengan v4.0 sudah benar-benar diatasi ke belum. Haritu bukan main yakin bahawa v4.0 adalah yang terbaik rupannya agak menghampakan.
Friday, June 17, 2011
2000 dollar dari Pain Society
2 daripada 3 anugerah yang ditawarkan iaitu berkaitan free paper award dan best poster dimenangi rakan-rakan seperjuangan dari Adelaide. Mereka senior setahun dari saya dari segi pengalaman research namun hampir 10 tahun lebih muda dari segi usia. Memang seronok melihat orang-orang yang ditemui setiap hari memenangi anugerah namun mungkin jauh lebih menyeronokkan kalau diri sendiri yang menang. Doa-doakanlah saya dapat masuk dan menang tahun depan.
Mengunjungi Masjid di Darwin
Menaiki bas di sini adalah percuma untuk para pelajar. Saya pun mengambil kesempatan menuju masjid untuk solat dan berinteraksi dengan orang Islam di sini.
Ummat Islam di sini memang tak sampai 600 orang. Imam terbaru dari Bangladesh dan lulusan Al Azhar. Antara tulisan yang menggamit perhatian di masjid berkenaan ialah tentang dua orang Islam yang berkahwin dengan wanita Kristian dan semua anak-anak beliau menjadi Kristian. Tak pasti sejauh mana usaha ayah mereka untuk memandu mereka ke arah Islam.

CD Program Pain Society
Boleh dibeli dari Pain
Paling murah 65 dollar dan kalau semua sekali lebih kurang 220 dollar. Nak convert ke duit Malaysia kalilah 3.3. Ia relevan untuk para GP, pakar anesthesiologi dan ahli sains yang mahu faham isu kesakitan.

Sunday, June 12, 2011
Crocosaurus Cove
Menarik tempat ni. Begitu banyak maklumat tentang buaya boleh didapati di sini yang tidak kita ketahui di Malaysia. Boleh berenang bersama buaya, memberi makan buaya dan macam-macam lagi. Croc
OIC
Sedang membaca satu tulisan dalam bahasa Arab. Puas saya cuba mencungkil asal kalimah berkenaan. Akhirnya baru kutahu.
برمنجهام
Birmingham rupanya! Baca bahasa Arab pun kena 'think out of the box' rupanya.
برمنجهام
Birmingham rupanya! Baca bahasa Arab pun kena 'think out of the box' rupanya.
Ke Darwin
Setelah begitu lama tidak bergerak lebih dari 30 km dari tempat kediaman akhirnya saya berpeluang berjalan-jalan sambil menambah ilmu di Darwin. Bukan ilmu agama tetapi ilmu sains. Saya menghadiri program anjuran Australian Pain Society. Bukan sebagai penyampai tetapi sebagai pendengar.
Menaiki pesawat syarikat Jetstar memberi perspektif berbeza tentang menaiki kapal terbang. Sungguh tidak selesa perjalanan yang ditempoh selama 3 jam. 10.10 pm dari Adelaide dan tiba pada pukul 0140 pagi. Begitu banyak turbulence dalam perjalanan dan perasaan cuak memang selalu datang. Orang sebelah asik meminum arak. Dia pun cuak jugak kot. Perbualan dia dengan orang sebelah memberi gambaran bahawa dia memiliki rekod jenayah dan pernah dijatuhkan hukuman tertentu oleh mahkamah. Kalau di Malaysia agak sukar kita menaiki kapal terbang bersama dengan orang yang agak pelik dan kasar perangainya tapi di sini golongan bawahan yang sangat bermasalah juga menaiki kapal terbang. Naik kapal terbang bagi orang di sini bagaikan menaiki bas.
Oleh kerana sudah banyak meminum arak, pramugari di dalam kapal terbang mengatakan bahawa dia hanya boleh memesan arak selepas 35 minit. Dia meminta saya memesankan arak untuk dia. 'Tidak,' kata saya kepadanya.
Pramugari di dalam pesawat ini tidak berpakaian ketat dan sendat seperti dengan MAS. Ada yang berbadan gempal dan memakai seluar seperti jururawat. Seksi bukan suatu ketetapan berpakaian bagi syarikat ini mungkin.
Selepas beberapa jam tidur di hotel saya pun pergi mencari tempat makan halal. Nandos di sini rupanya halal sepenuhnya. Kalau di Adelaide kita perlu sebut nak halal dan baru dia taip dalam sistem. Di sini mudah, tak dibeza-bezakan kerana semuanya halal.
27 darjah Celsius. Memang lega setelah berminggu-minggu mengharungi kedinginan musim luruh dan sejuk akhirnya dapat menikmati panas mentari.

Thursday, June 2, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Beberapa Perkataan Yang Baru Dipelajari
carte blanche : blank cheque
ab initio : a Latin term meaning "from the beginning"
Tuesday, May 24, 2011
Berita Malaysia di Australia
Susah betul nak tengok nama Malaysia dalam berita di sini. Namun baru-baru ini nama Malaysia naik kerana 3 isu:
1. Perjanjian isu pelarian antara Malaysia dan Australia yang dituduh oleh pemimpin pembangkang di sini sebagai merugikan Australia.
2. Isu tanah runtuh.
3. Layanan Malaysia kepada pelarian UNHCR. Kesian betul. Kita di Malaysia tak pernah tahu tentang tray yang digunakan bagi memberi makanan kepada mereka. Mana Karam Singh Walya ? Mana Mazidul Akmal ? Mana Majalah 3? Malaysia tidak ada investigative journalist ke? Selamat datang ke Malaysia. Begini rupanya Malaysia!

Thursday, May 5, 2011
Cuba Mencari Damai Tapi Bukan Damai Yang Ditemui
3 tahun lepas mereka berhijrah meninggalkan Afrika Selatan untuk mencari tempat yang kurang ganas untuk membesarkan anak di Australia. Akhirnya wanita berkenaan kehilangan suami, bapa dan emak di sini. Semuanya dikaitkan dengan isu anjing. Anjing oh anjing. Anjing.
Roadblock berakhir
Akhirnya wajah-wajah polis tidak lagi kelihatan di kawasan rumah mangsa. Jalan juga sudah kembali menjadi 2-lane.
Monday, May 2, 2011
Rumah Yang Terus Dikepung Polis
3 hari berlalu. Rumah berkenaan masih dikawal ketat oleh pihak polis. Entah bila semua ini akan berkesudahan?
Thursday, April 28, 2011
Tembak-menembak tidak jauh dari rumah
7.30am pagi tadi dalam perjalanan ke Bus Stop, polis menyuruh saya berjalan kaki mengikut jalan lain. Rupanya semua kawasan dikepung polis. Bukanlah macam Memali atau ala Ma'uunah tapi boleh tahan ramai jugak. Ke universiti harini sekadar nak pergi Journal Club meeting.Kemudian terbaca tentang insiden ini di berita. Dari pukul 2:30am ACST rupanya adegan-adegan tersebut sedang berlaku. Polis kata mereka sampai 2 minit selepas dihubungi. Kalau betul memang cekap jugak polis sini. Arrested
Tuesday, April 26, 2011
Burkina Faso
Tak sangka negara ini, majoriti rakyatnya Muslim. Negara ini jiran kepada Mali dan Ghana.
Monday, April 25, 2011
Syaikh Ihsaan Ilahiyy Zhaheer
Seorang syaikh yang terkenal dalam mendedahkan 'aqeedah2 baatil.
Video beliau bercakap di hadapan Saddam : Ihsaan
Video beliau bercakap di hadapan Saddam : Ihsaan
Sunday, April 24, 2011
Cukai: 6 Hari Lagi
Hanya 6 hari lagi tinggal untuk mengisi borang e-filing. Selamat membayar cukai dengan jujur. Tak jujur nanti kena penalti. 7 tahun kena simpan resit-resit berkenaan. Jangan lupa tu!
Lhdn
Lhdn
Wednesday, April 20, 2011
Cuti Easter datang lagi
Bagi yang belum sempat mengambil tahu tentang apa itu Easter sila kunjungi East
Tak semua Kristian sambut perayaan ini rupanya.
Tak semua Kristian sambut perayaan ini rupanya.
Wednesday, April 13, 2011
Pauline Hanson kalah
Alhamdulillah. Ahli politik yang banyak menyusahkan ummat Islam di sini tidak berjaya memenangi kerusi parlimen New South Wales.
Monday, April 11, 2011
Bersama Kesusahan Datang Kesenangan
Yang pahit akan berlalu.
Yang terindah hanya sementara.
Selepas mendung akan datang sinar.
.........
Yang terindah hanya sementara.
Selepas mendung akan datang sinar.
.........
Wednesday, April 6, 2011
Perjalanan PHD
Ramai orang mendaftar untuk melakukan PHD. Tidak sedikit yang akan tercicir dalam perjalananan PHD mereka. Semalam ketemu Hugh Kearns. Dia menulis beberapa buah buku yang banyak membantu memberi perspektif yang betul untuk para pelajar menghabiskan PHD mereka. Kalau buku-buku ini belum ada di perpustakaan IPT anda maka mintalah pustakawan memesannya. Tidak kira anda pelajar PHD dalam bidang hadith, fiqh atau perubatan, buku-buku beliau memang sedap dibaca.
PHD
PHD
Monday, April 4, 2011
5 Minit Perancangan
Ramai pakar yang mencadangkan agar setiap orang meluangkan masa selama 5 minit setiap hari untuk merancang apa yang mahu dilakukan sepanjang hari. 5 minit ini boleh jadi pada pagi hari atau pada malam sebelumnya. Dikatakan bahawa 5 minit yang digunakan untuk merancang boleh menyelamatkan sejam dari masa seseorang setiap hari. Banyak tu!
Sunday, April 3, 2011
Saturday, April 2, 2011
Email Bukannya Wahyu
Lebih 90% email yang kita terima setiap hari bukanlah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Ini adalah tersangat benar bagi kebanyakan orang terutamanya para pelajar. Kalau urgent sudah tentu kita menerima panggilan telefon atau telegram tentang sesuatu hal. Jangan sabotaj hari anda dengan membuka email pada pagi hari. Membaca email boleh dilakukan selepas makan tengah hari atau sebelum beriadah pada waktu petang. Email bukannya wahyu.
Sunday, March 27, 2011
Cermin kereta dipecah
Pencuri berkenaan tidak mendapat apa-apa habuan. Tapi saya terpaksa mengeluarkan RM420 untuk menukar cermin berkenaan.
Friday, March 25, 2011
Saturday, March 19, 2011
Sangkut?
Kita semua pernah tersangkut. Tak kira dalam bidang apa anda terjun, bila anda tersangkut maka anda perlukan pertolongan orang lain. Cara paling mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah ialah dengan meminta pendapat atau pertolongan orang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mudah bukan?
Thursday, March 10, 2011
Self-sabotage
Adakah apa yang kita sedang lakukan pada waktu dan saat ini suatu sabotaj kepada impian sendiri? Adakah apa yang sedang dilakukan mendekatkan diri dengan cita-cita yang mahu dikecapi atau sebaliknya?
Melayari internet berjam-jam, menonton TV berjam-jam, makan dan sembang berjam-jam. Kata nak kurus tapi pengambilan gula tak dikurangkan? Kata nak sihat tapi tak pernah bersenam? Kata nak hafal Al Qur'aan tapi mushaf tak pernah disentuh berhari-hari? Kata nak masuk syurga tapi beramal dengan amalan ahli neraka? Kata nak berjaya dalam exam tapi tak rajin baca buku?
Self-sabotage? Mungkin. Jangan sabotaj impian anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)